Aaron Ago Dagang berkata Pesta Kanowit selari inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ diperkenalkan Kementerian Perpaduan Negara sebagai pengisian utama dalam Kembara Perpaduan Malaysia Madani.
PETALING JAYA: Penganjuran Pesta Kanowit sejak 2003 akan diteruskan tahun ini yang bakal diadakan pada 20 hingga 22 Sept.
Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang, berkata program itu selari inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ diperkenalkan kementeriannya sebagai pengisian utama dalam program perdananya iaitu Kembara Perpaduan Malaysia Madani.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kanowit berkata, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti cabaran bot kawalan jauh (RC) Kanowit, pesta ria dan perdagangan, perlumbaan ‘power bot’ serta Program Jualan Rahmah.
Selain itu, pameran agensi kerajaan, majlis tradisi Adat Miring, perasmian Kanowit Waterfront dan Ratu Pesta Kanowit.
“Pesta ini bukan sahaja meraikan sejarah dan tradisi tetapi juga mengiktiraf pelbagai budaya dan sumbangan yang telah membentuk identiti kita.
“Dari tarian tradisional hingga makanan tempatan yang lazat, setiap elemen pesta ini adalah cerminan daripada kekayaan budaya kita yang unik.
“Menghargai kepelbagaian budaya dapat memperkukuh perpaduan dan keamanan dalam masyarakat kita,” katanya dalam kenyataan.
Program itu dianjurkan Majlis Daerah Kanowit dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kanowit, Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian
Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.
Source link