Petronas guna teknologi BHC3 | Harian Metro

0

PETRONAS akan menggunakan teknologi Baker Hughes dan C3 AI dikenali BakerHughesC3.ai (BHC3) bagi merealisasikan program transformasi digitalnya.

Menerusi kerjasama dengan pakar teknologi tenaga, sains data dan kecerdasan buatan (AI) di Baker Hughes dan C3 AI, Petronas akan memberi tumpuan untuk meningkatkan kebolehpercayaan aset tenaga kritikal.

Dengan menggunakan Microsoft Azure, Petronas akan mengadaptasi aplikasi BHC3 Reliability untuk meningkatkan kecekapan program penyelenggaraan turbin gas dan meningkatkan kebolehpercayaan injap kawalan dengan mengesan sebarang fungsi tidak normal selain mengelakkan kerosakan.

Naib Presiden Kanan Pelaksanaan Projek dan Teknologi Petronas, Samsudin Miskon berkata, bagi memenuhi keperluan tenaga masa kini, syarikat minyak dan gas nasional itu akan memanfaatkan kuasa digital serta teknologi sebagai pembeza dan data sebagai aset.

“Petronas komited untuk mempercepatkan transformasi digital yang mampu meningkatkan produktiviti, keberkesanan, kebolehlihatan, keselamatan dan prestasi secara menyeluruh.

“Kebijaksanaan jangkaan oleh AI adalah sangat penting untuk memenuhi keperluan ini, dan ia hanya boleh dilaksanakan dengan memanfaatkan penggunaan AI untuk memberikan hasil yang pantas dan bernilai,” katanya.

Sebagai pemegang amanah kepada sumber minyak dan gas negara, Petronas melancarkan program transformasi digital yang menyeluruh bagi mendapatkan nilai daripada data.

Penggunaan teknologi AI adalah sebahagian daripada program transformasi digital untuk meningkatkan produktiviti, integriti aset dan keselamatan serta menekankan komitmen Petronas dalam menyediakan penyelesaian tenaga bersih dan cekap dengan memanfaatkan kuasa teknologi.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Serantau, Kerjasama dan Perniagaan di Baker Hughes, Uwem Ukpong berkata, kerjasama berkenaan meneruskan jalinan erat antara Baker Hughes dan Petronas untuk memacu produktiviti serta kecekapan tenaga yang lebih bersih dan lebih selamat.

“AI memainkan peranan penting dalam program transformasi digital yang menghubungkan keperluan tenaga hari ini dengan peralihan tenaga untuk masa hadapan.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Petronas ke arah transformasi digital dan menggunakan kuasa AI untuk perniagaan secara menyeluruh,” katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Teknologi C3 AI, Ed Abbo, pula berkata, pemilihan teknologi BHC3 oleh Petronas daripada Baker Hughes dan C3 AI menunjukkan program transformasi digital yang pantas, ke arah menyampaikan tenaga yang lebih bersih secara strategik.

“Dengan kepakaran teknologi tenaga mendalam oleh Baker Hughes dan teknologi AI C3 AI yang dibangunkan sejak 10 tahun lalu, ia mampu membantu pemimpin untuk mengguna pakai AI sebagai teknologi digital yang boleh mentransformai industri tenaga,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM441,448.58
Ethereum (ETH) RM17,274.23
Tether (USDT) RM4.48
BNB (BNB) RM3,317.11
USDC (USDC) RM4.47
XRP (XRP) RM10.55
BUSD (BUSD) RM4.29
Cardano (ADA) RM5.36
Solana (SOL) RM1,045.03
Dogecoin (DOGE) RM1.92
Polkadot (DOT) RM48.59
Polygon (MATIC) RM3.20
Lido Staked Ether (STETH) RM17,250.71
Shiba Inu (SHIB) RM0.000137
Dai (DAI) RM4.47
TRON (TRX) RM1.49
Avalanche (AVAX) RM239.69