PH, BN Pahang meterai MoU perkukuh kerajaan negeri

0

Pengerusi BN Pahang Wan Rosdy Wan Ismail (dua kiri) menandatangai MoU dengan Pengerusi PH Pahang Amirudin Shari (dua kanan) dalam majlis di Genting Highlands hari ini. (Gambar Bernama)

GENTING HIGHLANDS: Selepas hampir setahun menjalin kerjasama membentuk kerajaan negeri, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Pahang memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan lagi kestabilan pentadbiran serta politik negeri itu.

MoU ditandatangani oleh Pengerusi PH Pahang Amirudin Shari dan Pengerusi BN Pahang Wan Rosdy Wan Ismail dalam majlis hari ini.

Wan Rosdy yang juga menteri besar Pahang berkata, MoU itu adalah bagi memantap dan memudahkan urusan pentadbiran kerajaan negeri serta sebagai rujukan pada masa depan.

“Kerangka perjanjian ini meliputi pelbagai perkara termasuk perbincangan mengenai lantikan, jawatan, ruang kerjasama dan perancangan di negeri ini,” katanya pada sidang media.

Beliau juga berkata, kerjasama kedua-dua gabungan politik gergasi tanah air itu terbukti kukuh meskipun diuji dengan PRK Tioman dan Pelangai yang memberikan kemenangan kepada PH-BN.

Menjawab soalan mengenai tempoh luput MoU itu, Wan Rosdy berkata kedua-dua pihak akan mengadakan perbincangan sekiranya terdapat sebarang ketidaksetujuan dalam sesuatu perkara.

Amirudin yang juga menteri besar Selangor pula berkata, perjanjian itu mengikut “acuan” MoU kerajaan perpaduan di peringkat pusat dan diseimbangkan dengan situasi Pahang bagi mewujudkan kerajaan negeri lebih stabil.

“Saya juga percaya persefahaman ini menjadi model kepada bentuk persefahaman lain sebab di negara seperti Jerman, perkara ini adalah biasa malah ia dipaparkan kepada awam selepas pilihan raya atau tidak ada kata putus dibuat,” katanya.

Beliau juga yakin perjanjian termeterai akan membantu rakyat Pahang mengetahui lebih jelas hala tuju, perancangan dan komitmen kerajaan negeri itu.

Pahang adalah negeri pertama memeterai MoU berkaitan kerjasama kerajaan perpaduan selepas PRU15.

Gabungan PH-BN membentuk kerajaan negeri selepas BN memperoleh 17 kerusi DUN Pahang dan PH memenangi lapan kerusi manakala Perikatan Nasional menjadi pembangkang dengan 17 kerusi.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM430,983.98
Ethereum (ETH) RM16,649.35
Tether (USDT) RM4.47
BNB (BNB) RM3,494.31
USDC (USDC) RM4.47
XRP (XRP) RM11.85
BUSD (BUSD) RM4.33
Cardano (ADA) RM5.50
Solana (SOL) RM1,057.32
Dogecoin (DOGE) RM1.87
Polkadot (DOT) RM48.90
Polygon (MATIC) RM3.23
Lido Staked Ether (STETH) RM16,661.10
Shiba Inu (SHIB) RM0.000136
Dai (DAI) RM4.47
TRON (TRX) RM1.76
Avalanche (AVAX) RM241.79