Pilihan raya tempatan penting untuk kebertanggungjawaban, tegas peguam

0

Azmi Sharom berkata Akta 172 menyatakan hanya golongan tertentu yang boleh ulas tentang pembangunan. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Penyertaan rakyat dalam proses membuat keputusan berkenaan hal alam sekitar masih belum sempurna, menurut peguam hak asasi manusia dan alam sekitar, Azmi Sharom.

Azmi berkata apa yang paling utama ialah libat urus antara masyarakat dan badan-badan pembuat keputusan dilakukan secara bermakna.

Bekas pensyarah undang-undang di Universiti Malaya itu berkata badan-badan pembuat keputusan harus diberi tanggungjawab untuk menjelaskan tindakan-tindakannya, lebih-lebih lagi bagi mencegah sebarang keputusan yang menjejaskan alam sekitar.

“Harus ada kebertanggungjawaban. Ketiadaan pilihan raya tempatan bermakna ada kekurangan dari segi kebertanggungjawaban langsung, dari segi keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya pada acara tahunan Persidangan Undang-undang My Iskandar semalam.

“Saya tak nampak pilihan raya tempatan akan kembali dalam masa terdekat.”

Azmi menyampaikan syarahannya di persidangan berkenaan membangunkan undang-undang alam sekitar, anjuran My Iskandar Sdn Bhd dan firma guaman, Law Chambers of Vin Sa & Ian. FMT rakan media untuk acara ini.

Katanya masyarakat boleh terlibat dengan proses membuat keputusan berkenaan hal alam sekitar menerusi dua cara, iaitu Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172) dan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Akta 127) yang menyentuh berkenaan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).

Bagaimanapun, hanya golongan tertentu sahaja dibenarkan mengulas tentang pembangunan menurut Akta 172, kata Azmi.

“Pada dasarnya, melainkan harta anda berdekatan dengan projek pembangunan, anda tiada hak untuk memberikan ulasan kepada pihak berkuasa tempatan. Berkenaan EIA pula, hak untuk mengulas terhad kepada laporan terperinci,” katanya.

“Bagi kebanyakan laporan EIA, penulisnya diwajibkan berunding dengan masyarakat. Bagaimanapun, tidak ada garis panduan yang jelas untuk menerangkan ini merujuk kepada siapa.”

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM313,983.62
Ethereum (ETH) RM16,580.78
Tether (USDT) RM4.72
BNB (BNB) RM2,852.89
USDC (USDC) RM4.72
XRP (XRP) RM2.38
BUSD (BUSD) RM4.65
Cardano (ADA) RM1.90
Solana (SOL) RM677.01
Dogecoin (DOGE) RM0.608896
Polkadot (DOT) RM28.65
Polygon (MATIC) RM2.76
Lido Staked Ether (STETH) RM16,571.16
Shiba Inu (SHIB) RM0.000091
Dai (DAI) RM4.72
TRON (TRX) RM0.551205
Avalanche (AVAX) RM134.36