Pintu masuk negara utara, selatan Semenanjung dibuka bersyarat

(Gambar Fail)

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju untuk membuka pintu sempadan di utara dan selatan Semenanjung secara bersyarat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata kompleks kastam, imigresen, kuarantin, dan keselamatan di Padang Besar, Perlis dan Durian Burung, Kedah kepada kenderaan perdagangan dan kargo sahaja.

Manakala di selatan, rakyat Malaysia di Singapura yang berhasrat untuk pulang tidak perlu lagi memohon permit MyPass dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di republik itu.

Source link

Comments (0)
Add Comment