PKR dijangka gugur Shatiri Mansor di Selangor, kata sumber

0

Shatiri Mansor memenangi kerusi Kota Damansara pada PRU 2018 dengan majoriti 15,703 undi dalam pertembungan empat penjuru.

PETALING JAYA: Bekas Adun Kota Damansara, Shatiri Mansor dijangka tidak dicalonkan pada PRN Selangor kerana PKR mahu wajah baharu mempertahankan kerusi itu.

Seorang pemimpin parti yang enggan dinamakan memberitahu FMT: “Ada 99% kemungkinan Shatiri digugurkan. PKR merasakan Selangor memerlukan pemimpin lebih bersemangat untuk kerusi itu.”

Tetapi, sumber itu enggan mendedahkan bakal pengganti Shatiri.

Katanya, walaupun prestasi Shatiri baik, tetapi PKR merasakan “muka baharu lebih baik untuk jangka panjang”.

Seorang lagi sumber PKR berkata, Shatiri akan digantikan dan ia bukan perkara luar biasa untuk parti meletakkan calon baharu bagi mempertahankan kerusi.

“Parti percaya dalam memberi peluang kepada orang lain. Anda tidak boleh harap bertanding kerusi hanya kerana anda Adun pada penggal terdahulu.”

Shatiri memenangi kerusi Kota Damansara pada PRU 2018 dengan majoriti 15,703 undi dalam pertembungan empat penjuru.

PKR dijangka mengumumkan calonnya untuk PRN di Shah Alam hari ini.

Setakat ini, hanya Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), A Sivarajan diumumkan akan bertanding merebut DUN Kota Damansara.

Pengundi di Selangor dan lima negeri lain akan keluar mengundi pada 12 Ogos ini.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM441,402.17
Ethereum (ETH) RM10,558.24
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,789.58
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.74
BUSD (BUSD) RM4.30
Cardano (ADA) RM3.40
Solana (SOL) RM740.55
Dogecoin (DOGE) RM0.961655
Polkadot (DOT) RM21.31
Polygon (MATIC) RM1.06
Lido Staked Ether (STETH) RM10,546.68
Shiba Inu (SHIB) RM0.000066
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.13
Avalanche (AVAX) RM104.85