Petronas Lubricants Marketing Malaysia, PLMM Sdn Bhd, menyasarkan jualan 4 ribu 800 tong pelbagai produk minyak pelincir bagi tempoh setahun kepada sektor kenderaan komersial, industri pembuatan dan perkilangan di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC).
Ia kerjasama PLMM Sdn berhad, anak syarikat milik penuh Petronas Dagangan Berhad, PDB dengan Koperasi Pemuda Patriot Pengerang Kota Tinggi KOPETRI.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Mohd Ibrahimnudin Mohd Yunus berkata, sasaran itu berikutan pelancaran pembukaan gudang berkeluasan 3 ribu 500 kaki persegi di bangunan milik KOPETRI.
Projek secara bersama itu bagi mengukuhkan jualan bahan pelincir Petronas di daerah Kota Tinggi terutamanya membabitan produk minyak pelincir jenama Petronas Urania 3000.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pusat Operasi dan Penyimpanan Minyak Pelincir Petronas KOPETRI di Kampung Bukit Raja, Kota Tinggi, Johor.