PM beri tempoh 2 minggu teliti isu subsidi rakyat

0





PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi tempoh dua minggu kepada Majlis Tindakan Sara Hidup Negara untuk meneliti dan memperincikan pelbagai isu berkaitan subsidi untuk rakyat.

Menurutnya, pemberian subsidi kepada rakyat harus dilaksanakan secara bersasar demi memastikan hanya golongan yang benar-benar memerlukan mendapat menikmatinya.

“Saya beri tempoh dua minggu untuk mencerakin, menyelusuri seluruh implikasi dan bincang dengan sektor swasta, pelabur supaya mereka faham subsidi tujuannya untuk meringankan beban rakyat miskin,” katanya dalam sidang media di Putrajaya.

Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 bersama jabatan dan agensi kerajaan bagi membincangkan isu kos sara hidup yang menekan rakyat.

LAPORAN LANJUT MENYUSUL



Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM264,544.77
Ethereum (ETH) RM10,316.38
Tether (USDT) RM4.22
BNB (BNB) RM2,390.47
USDC (USDC) RM4.22
XRP (XRP) RM2.25
BUSD (BUSD) RM4.22
Cardano (ADA) RM1.49
Solana (SOL) RM613.34
Dogecoin (DOGE) RM0.469305
Polkadot (DOT) RM17.56
Polygon (MATIC) RM1.61
Lido Staked Ether (STETH) RM10,310.39
Shiba Inu (SHIB) RM0.000077
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM0.652514
Avalanche (AVAX) RM113.52