PM umum peruntukan RM6 juta untuk perkasa koperasi

Perdana Menteri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama murid sekolah selepas Majlis Penutup Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM6 juta kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) untuk meningkatkan kekuatan gerakan koperasi di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, beliau berkata RM2 juta diselaraskan melalui peruntukan jualan Rahmah di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk Angkasa memperkasakan kegiatan koperasi.
Anwar berkata sejumlah RM2 juta lagi diselaraskan melalui peruntukan Program Sejati Madani di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk disalurkan kepada koperasi di perkampungan Madani.
“Kita ada perkampungan Madani yang ambil jawatankuasa masjid, persatuan belia dan wanita. Saya nak masukkan koperasi dalam kelompok itu dan dalam program berkenaan, RM2 juta disalurkan oleh Angkasa kepada koperasi di bawah,” kata beliau semasa berucap pada majlis penutup Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di sini hari ini.
Anwar berkata RM1 juta pula ialah peruntukan baharu bagi program Asean Cooperative sepanjang Kepengerusian Asean 2025 kerana beliau mahu gerakan koperasi menjadi antara agenda penting Asean tahun depan.

Source link

Angkasaanwar ibrahimKongres Koperasi Kebangsaan 2024KOPERASIperdana menteriperuntukan
Comments (0)
Add Comment