PNB aktifkan Pelan Kelangsungan Perniagaan

0

PERMODALAN Nasional Berhad (PNB), mengaktifkan Pelan Kelangsungan Perniagaan (BCP) untuk melindungi keselamatan dan kesihatan semua kakitangannya di samping memastikan operasi perniagaan dapat diteruskan.

Ini berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan mulai esok sehingga 31 Mac ini.

“Berkuat kuasa 18 Mac 2020, semua kakitangan akan bekerja dari rumah, kecuali mereka yang terbabit dengan fungsi teras kritikal yang akan beroperasi secara bergilir antara ibu pejabat PNB, pejabat gantian dan rumah masing-masing.

“PNB ingin memberi jaminan kepada semua pihak berkepentingan bahawa operasi dan aktiviti perniagaan terus berjalan seperti biasa walaupun terdapat perubahan dalam cara bekerja,” kata PNB menerusi satu kenyataan, hari ini.

PNB berkata, kakitangan juga disediakan dengan sistem serta peralatan yang diperlukan untuk beroperasi pada kapasiti penuh dalam situasi seperti sekarang.

Malah, sejak 5 Mac, PNB sudah mengaktifkan BCP secara berperingkat merangkumi jadual kerja mengikut kumpulan, yang membabitkan Pasukan Kepimpinan PNB serta pasukan pelaburan teras dan operasi.

Pada masa sama, PNB sudah melaksanakan pemeriksaan suhu badan di ibu pejabat dan juga di semua cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) seluruh negara, selain membataskan mesyuarat serta perjalanan kakitangan.

Setakat ini, tiada pengesahan kes Covid-19 dalam kalangan kakitangan PNB.

Semua cawangan ASNB akan terus beroperasi seperti biasa tetapi pada skala yang lebih kecil sepanjang tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan.

Pemegang unit digalakkan untuk menggunakan portal dan aplikasi myASNB bagi transaksi yang tidak membabitkan penjualan semula unit, yang masih boleh dilakukan di cawangan ASNB atau mana-mana cawangan ejen bank.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Source link

    Leave A Reply
    Bitcoin (BTC) RM307,810.11
    Ethereum (ETH) RM16,116.47
    Tether (USDT) RM4.69
    BNB (BNB) RM2,728.85
    USDC (USDC) RM4.69
    XRP (XRP) RM2.80
    BUSD (BUSD) RM4.67
    Cardano (ADA) RM1.91
    Solana (SOL) RM807.57
    Dogecoin (DOGE) RM0.609953
    Polkadot (DOT) RM27.75
    Polygon (MATIC) RM2.49
    Lido Staked Ether (STETH) RM16,108.41
    Shiba Inu (SHIB) RM0.00008
    Dai (DAI) RM4.68
    TRON (TRX) RM0.628773
    Avalanche (AVAX) RM134.85