Polis buru suspek curi Alphard di pekarangan rumah

Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Toyota Alphard berwarna hitam itu pada 4.19 pagi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Polis sedang memburu suspek kes curi sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari dalam pekarangan sebuah rumah di Jelapang, Ipoh, semalam.

Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Toyota Alphard berwarna hitam itu pada 4.19 pagi.

Menurutnya, pengadu berusia 43 tahun itu melaporkan MPV yang diletakkan dalam kawasan rumahnya itu dibawa lari oleh seorang lelaki.

“Kita telah buka kertas siasatan mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan, iaitu (berkaitan kesalahan) mencuri kereta,” katanya, lapor Bernama.

Sehubungan itu, beliau meminta saksi yang mempunyai maklumat agar hadir ke balai polis berdekatan untuk memberikan keterangan.

Terdahulu, tular video berdurasi 15 saat di TikTok memaparkan detik cemas sebuah Toyota Alphard dipandu keluar secara mengundur dari pekarangan rumah mangsa oleh individu tidak dikenali.

Mangsa bagaimanapun tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbang diancam bahaya.

Pencuri kereta tersebut dipercayai menggunakan alat khas kawalan jauh bagi membuka pintu kenderaan sebelum melarikannya dalam tempoh kira-kira lima minit.

Source link

curi keretaJelapangkanun keseksaankesan suspekpolis IpohtiktokToyota Alphardvideo viral
Comments (0)
Add Comment