Polis siasat 3 kucing dibunuh di kediaman pelajar

0

Polis berkata bangkai haiwan berkenaan ditemui berlumuran darah di tangga kediaman pelajar sebuah universiti swasta di Setapak.

PETALING JAYA: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tiga ekor kucing yang ditemui mati di kediaman pelajar sebuah universiti swasta di Setapak baru-baru ini.

Ketua Polis Wangsa Maju Lazim Ismail dalam satu kenyataan berkata kejadian itu dipercayai berlaku pada 17 Nov lalu.

“Tiga ekor kucing itu ditemui mati berlumuran darah di bahagian kepala di tangga kediaman pelajar berkenaan.

“Kejadian itu dimaklumkan seorang pelajar kepada pengawal keselamatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan (khianat ke atas binatang),” katanya.

Baru-baru ini tular satu video di TikTok menunjukkan bangkai tiga ekor kucing dengan kesan kecederaan dipercayai akibat ditikam di kepala.

Video itu mencetuskan kemarahan warganet yang menggesa jabatan veterinar dan polis menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terlibat.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM456,314.59
Ethereum (ETH) RM10,850.63
Tether (USDT) RM4.29
BNB (BNB) RM2,802.24
USDC (USDC) RM4.29
XRP (XRP) RM10.08
BUSD (BUSD) RM4.25
Cardano (ADA) RM3.24
Solana (SOL) RM722.05
Dogecoin (DOGE) RM0.968901
Polkadot (DOT) RM20.00
Polygon (MATIC) RM0.991133
Lido Staked Ether (STETH) RM10,845.83
Shiba Inu (SHIB) RM0.000062
Dai (DAI) RM4.29
TRON (TRX) RM1.16
Avalanche (AVAX) RM96.85