Polis tahan lelaki cabul penghantar makanan

0

Polis berkata suspek dibebaskan dengan jaminan sebaik siasatan selesai mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan polis selepas didakwa mencabul penghantar makanan dalam kejadian di sebuah rumah di Sungkai, kelmarin.

Ketua Polis Tapah, Mohd Naim Asnawi, berkata dalam kejadian itu mangsa yang juga lelaki berusia 34 tahun menghantar pesanan makanan ke rumah suspek.

“Suspek bertindak mencabul mangsa. Tindakan itu menyebabkan mangsa membuat laporan sekitar 9.30 malam.

“Siasatan dijalankan dan tangkapan ke atas suspek dibuat pada hari sama sekitar 10.30 malam,” katanya dalam kenyataan, menurut Sinar Harian.

Naim berkata, suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan dijalankan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM304,424.11
Ethereum (ETH) RM16,106.05
Tether (USDT) RM4.72
BNB (BNB) RM2,746.13
USDC (USDC) RM4.72
XRP (XRP) RM2.29
BUSD (BUSD) RM4.61
Cardano (ADA) RM1.76
Solana (SOL) RM638.89
Dogecoin (DOGE) RM0.564675
Polkadot (DOT) RM27.28
Polygon (MATIC) RM2.58
Lido Staked Ether (STETH) RM16,106.99
Shiba Inu (SHIB) RM0.000084
Dai (DAI) RM4.72
TRON (TRX) RM0.541845
Avalanche (AVAX) RM123.85