Presiden ada hak pandu arah parti selepas PRU, kata ketua bahagian Umno

0

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata, ketetapan parti itu sebelum ini menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Bersatu dibuat untuk berdepan PRU15, bukan untuk selepasnya.
PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mempunyai hak menentukan hala tuju parti atau membentuk jajaran baharu selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15) demi kepentingan negara, tegas ketua-ketua bahagian.
Ketua Umno Tambun Aminuddin Md Hanafiah berkata, walaupun dalam perhimpunan agung Umno (PAU) sebelum ini telah diputuskan prinsip “Tolak Anwar, Tolak DAP”, namun parti terpaksa “menongkah arus” dengan akur titah Yang di-Pertuan Agong supaya Barisan Nasional (BN) dapat bersama membentuk kerajaan perpaduan.
“Presiden ada tanggungjawab untuk memandu arah parti, pada masa sama kita kena tengok kebaikan kepada negara. Negara perlu bergerak dan perlu ada kerajaan, jadi bila Agong titah (kerajaan perpaduan), kita terpaksa akur…PN tidak mahu, itu hal mereka.
“Sebagai ketua parti, Zahid ada hak untuk membawa hala tuju parti sama ada baik atau buruknya. Kalau kita tak mahu dengar titah Agong, sampai sekarang kita tiada kerajaan,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Zahid bahawa ketetapan Umno sebelum ini menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Bersatu dibuat untuk berdepan PRU15, bukan selepasnya.
Zahid yang juga pengerusi BN berkata, kerjasama antara blok ialah pendekatan baharu yang diyakini menjadi perintis perpaduan dan keharmonian seperti diilhamkan Agong.
Aminuddin yang juga Setiausaha Umno Perak berkata, tidak timbul isu akar umbi merasa tertipu dengan kepimpinan Zahid kerana Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dalam beberapa mesyuarat bersama Dewan Tertinggi BN selepas PRU tegas tidak mahu melibatkan diri dalam mana-mana gabungan.
Namun, jelasnya, BN terpaksa akur apabila tiada penyelesaian dalam pembentukan kerajaan selepas PN menolak titah Agong agar bersama PH dalam kerajaan perpaduan.

Turut senada, Ketua Umno Bahagian Shah Alam Azhari Shaari berkata keputusan parti untuk tidak bekerjasama dengan PH dan Anwar adalah berdasarkan keadaan ketika itu, dan boleh diubah mengikut kesesuaian selepas PRU.
“Selepas PRU, yang kita semua kena ambil maklum apa saja keputusan menyertai kerajaan perpaduan adalah atas menjunjung titah Tuanku. Jadi apakah kita nak sembah derhaka dengan Tuanku?” soalnya.
Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Batu Yahaya Mat Ghani menggesa semua pihak akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong dalam pembentukan kerajaan perpaduan, dan tidak lagi mencari kesalahan kepimpinan tertinggi parti.
“Kita nak berpadu dalam Umno, kita tak mahu kecoh-kecoh lagi, macam mana kita nak harung lima tahun akan datang kalau macam ini.
“Minta dari bawah sampai atas berpadulah semua, bersatu semula, perbezaan pendapat itu biasa, tapi inilah masanya kita bercantum semula rapatkan barisan kita,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM309,492.85
Ethereum (ETH) RM16,169.16
Tether (USDT) RM4.69
BNB (BNB) RM2,740.05
USDC (USDC) RM4.69
XRP (XRP) RM2.82
BUSD (BUSD) RM4.70
Cardano (ADA) RM1.92
Solana (SOL) RM816.01
Dogecoin (DOGE) RM0.615456
Polkadot (DOT) RM27.84
Polygon (MATIC) RM2.52
Lido Staked Ether (STETH) RM16,155.71
Shiba Inu (SHIB) RM0.00008
Dai (DAI) RM4.69
TRON (TRX) RM0.627985
Avalanche (AVAX) RM136.12