Presiden diberi mandat tentu sama ada GPS sertai Kabinet persekutuan, kata ketua whip

0

Ketua Whip GPS Fadillah Yusof berkata, GPS diminta memilih calon perdana menteri, bukannya menyertai mana-mana gabungan politik.

PETALING JAYA: Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Fadillah Yusof berkata parti itu akan menyerahkan mandat penuh kepada presiden, Abang Johari Openg untuk menentukan sama ada ia akan menyertai kerajaan persekutuan atau sebaliknya.

Katanya, keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat tertutup parti di sebuah hotel di Kuala Lumpur, malam tadi.

“Namun apa yang pasti GPS tidak akan bergabung di dalam Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional.

“Sebaliknya hala tuju GPS akan terus bergerak sebagai sebuah entiti politik tempatan yang tidak terikat dengan mana-mana gabungan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pada masa ini GPS hanya melihat kepada kepentingan negara, untuk memastikan politik negara kembali stabil dan kepentingan Sarawak diutamakan.

“Keutamaan perjuangan GPS dalam menuntut hak dan kepentingan Sarawak tetap akan diteruskan.”

Dalam pada itu Fadillah berkata, dakwaan DAP dan PKR bahawa GPS menyokong PAS dan Umno adalah tidak berasas sama sekali kerana parti itu diminta memilih calon perdana menteri, bukannya menyertai mana-mana gabungan politik.

Katanya, perebutan kuasa dalam Pakatan Harapan (PH) sendiri yang menjadi punca keadaan politik negara kucar-kacir dan mereka tidak seharusnya menyalahkan pihak lain.

Beliau berkata, GPS bersyukur kerana kemelut politik negara telah berakhir.

“Dengan pelantikan perdana menteri ke-8, kerajaan kini boleh menumpukan perhatian kepada usaha memulihkan ekonomi dan kewangan negara, menangani masalah beban hidup rakyat dan menarik balik keyakinan pelabur.

“GPS kini boleh meneruskan rundingan dalam menuntut hak dan kepentingan Sarawak selain berharap usaha ke arah itu dapat dipercepatkan di bawah kerajaan baru,” katanya lagi.

Katanya, dalam memberi sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, GPS meletakkan syarat bahawa kepentingan negara dan negeri Sarawak perlu diutamakan, tanpa kompromi.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM304,299.63
Ethereum (ETH) RM10,643.58
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,472.95
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM2.25
Cardano (ADA) RM1.46
Solana (SOL) RM731.04
Dogecoin (DOGE) RM0.747369
Polkadot (DOT) RM16.92
Polygon (MATIC) RM1.33
Lido Staked Ether (STETH) RM10,633.30
Shiba Inu (SHIB) RM0.000078
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM0.701226
Avalanche (AVAX) RM104.98