Presiden Yoon kali ke-2 tak hadir soal siasat badan antirasuah Korea Selatan

Pejabat Siasatan Rasuah Pegawai Kanan mengarahkan Yoon Suk Yeol hadir sebelum 10 pagi sebagai sebahagian siasatan terhadap pengisytiharan undang-undang tentera pada 3 Dis lalu. (Gambar AP)
SEOUL: Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Rabu tidak mengendahkan panggilan kedua badan antirasuah yang menyiasat pelaksanaan undang-undang tentera kontroversi pada 3 Dis lalu, lapor agensi berita Yonhap.
Pejabat Siasatan Rasuah Pegawai Kanan (CIO) mengarahkan Yoon hadir sebelum 10 pagi Rabu sebagai sebahagian siasatan terhadap pengisytiharan undang-undang tentera sebelum ini.
Ini kali kedua Yoon gagal mematuhi arahan itu, selepas mengabaikan panggilan pertama CIO minggu lalu.

Source link

korea selatansiasatanundang-undang tenteraYoon Suk Yeol
Comments (0)
Add Comment