PRK Mahkota: MB seru semua kempen ‘cara Johor’

0

Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi risau dan khuatir impak berterusan selepas tamat PRK. (Gambar Bernama)

KLUANG: Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi mengingatkan semua pihak terlibat dengan PRK DUN Mahkota untuk berkempen ‘cara Johor’ yang mengutamakan serta menitikberatkan aspek keharmonian.

Selain itu, beliau berkata perkara berkaitan 3R (kaum, agama dan raja) seharusnya tidak disentuh langsung oleh mana-mana pihak terutama dalam tempoh berkempen kerana keamanan dan keharmonian perlu dipelihara setiap masa.

“Dalam keghairahan emosi semasa berkempen, saya risau dan khuatir (jika) impaknya berterusan selepas itu (tamat PRK). Kita hendak kekalkan keamanan dan keharmonian,” katanya selepas tamat proses penamaan calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail.

Onn memetik kata-kata Perdana Menteri Hussein Onn bahawa aspek perpaduan tidak boleh diambil mudah kerana ‘memerlukan berdekad-dekad untuk dicapai, tetapi boleh dimusnahkan dalam tempoh masa singkat’.

Pada perkembangan berkaitan, Onn yang juga pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) pada PRK itu berkata kempen mereka akan menonjolkan inisiatif, tindakan, dan perkara yang dilaksana serta dirancang kerajaan negeri untuk manfaat rakyat.

“Mesej saya kepada jentera, kita sepatutnya bercakap mengenai perkara yang penting untuk Johor, Mahkota dan Kluang. Apa pembangunan yang sudah kita bawa (dan) apa yang hendak kita buat.

“Saya tidak cakap kerajaan negeri sempurna tetapi kita mencuba yang terbaik untuk memastikan kita mencapai keputusan terbaik untuk Johor,” katanya.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Syed Hussien Syed Abdullah dan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 28 Sept sebagai hari pengundian manakala 24 Sept untuk undi awal.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

Sementara itu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengingatkan jentera parti untuk berkempen secara sihat dan menjaga tatasusila sepanjang berkempen.

“Kita jangan kacau sesiapa dan jangan memburuk-burukkan sesiapa. Kita berkempen untuk memastikan DUN Mahkota kekal di bawah BN.

“Jentera kena kerja kuat, jangan rasa selesa walaupun pada pilihan raya dulu kita menang di sini dengan majoriti lebih 5,000 undi,” katanya yang ditemui semasa menyantuni pengundi bersama Syed Hussien di Kampung Melayu 1.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM269,602.13
Ethereum (ETH) RM10,514.16
Tether (USDT) RM4.22
BNB (BNB) RM2,426.73
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM2.27
BUSD (BUSD) RM4.18
Cardano (ADA) RM1.53
Solana (SOL) RM631.11
Dogecoin (DOGE) RM0.481458
Polkadot (DOT) RM17.90
Polygon (MATIC) RM1.64
Lido Staked Ether (STETH) RM10,505.80
Shiba Inu (SHIB) RM0.000078
Dai (DAI) RM4.22
TRON (TRX) RM0.650255
Avalanche (AVAX) RM115.16