PRN Pulau Pinang: Seri Delima jadi ‘rebutan’ Umno, DAP

0

MCA sepatutnya bertanding di Seri Delima selepas diberi laluan oleh DAP.

BN menerusi MCA pernah menang di Seri Delima pada 2004 sebelum dikuasai DAP selepas itu.

PETALING JAYA: Kerusi DUN Seri Delima disandang DAP menjadi “rebutan” di antara parti itu dengan Barisan Nasional (BN) pada PRN Pulau Pinang.

Sumber BN berkata menerusi rundingan awal sebelum ini, kerusi itu sepatutnya ditandingi MCA selepas diberi laluan oleh DAP yang menguasai Seri Delima sejak 2008.

“Tetapi MCA telah putuskan tak bertanding, jadi kita merasakan kekosongan itu sepatutnya diisi Umno.

“Kalau boleh kita mahu tambah satu lagi kerusi di bahagian pulau, setakat ini hanya dapat Teluk Bahang,” katanya kepada FMT.

“Perbincangan masih berjalan dan siapa wakil BN-PH (Pakatan Harapan) akan diputuskan pucuk pimpinan dalam masa terdekat.”

Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid dari DAP yang menang Seri Delima pada PRU14 dengan majoriti 16,553 undi mengesahkan tidak akan mempertahankan kerusi itu.

Rabu lalu, Ketua DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata Seri Delima antara 19 kerusi akan ditandingginya pada PRN 12 Ogos depan.

Bagaimanapun, BN Musa Sheikh Fadzir berkata ada dua kerusi masih dirunding dengan PH selepas enam kerusi telah dimuktamadkan kepadanya iaitu Teluk Bahang, Sungai Dua, Bertam, Penaga, Permatang Berangan dan Sungai Acheh.

Sumber itu berkata sebelum ini BN turut meminta bertanding di DUN Batu Maung yang disandang Exco Pulau Pinang Abdul Halim Hussain dari PKR.

“Tetapi berdasarkan rundingan, PKR nampaknya akan kekal di sana,” katanya.

Selain Pulau Pinang, pilihan raya juga diadakan di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM288,121.30
Ethereum (ETH) RM15,621.55
Tether (USDT) RM4.71
BNB (BNB) RM2,662.20
USDC (USDC) RM4.71
XRP (XRP) RM2.25
BUSD (BUSD) RM4.70
Cardano (ADA) RM1.76
Solana (SOL) RM602.09
Dogecoin (DOGE) RM0.555472
Polkadot (DOT) RM26.49
Polygon (MATIC) RM2.61
Lido Staked Ether (STETH) RM15,611.80
Shiba Inu (SHIB) RM0.000079
Dai (DAI) RM4.71
TRON (TRX) RM0.563282
Avalanche (AVAX) RM116.93