Projek Batu Kawan perlu terus jika tiada pembida baharu, tegas ketua menteri PP

0

Projek BKIP 2 tidak boleh dibatalkan kerana PDC sudah belanja RM1 bilion untuk peroleh tapak, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
GEORGE TOWN: Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) harus meneruskan pembangunan Taman Perindustrian Batu Kawan II (BKIP 2) di Byram sekiranya tiada pembida baharu peroleh tapak projek tersebut.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow melaporkan kepada Dewan Undangan Negeri bahawa kerajaan negeri tidak boleh batalkan projek BKIP 2 kerana PDC sudah belanja RM1 bilion untuk peroleh tapak berkenaan.
Tegasnya, projek itu perlu diteruskan dan pentadbirannya membuat keputusan untuk meneruskan pembangunan tanah terbabit dengan kaedah-kaedah sedia ada, katanya.
Chow menjawab pertanyaan Lee Khai Loon (PH-Machang Bubok) yang ingin tahu masa depan projek BKIP 2 selepas penjualan tanah berkenaan kepada Umech Land Sdn Bhd dibatalkan.
Lee turut bertanyakan sama ada Umech Land akan diminta memfailkan tender lain, atau apakah terdapat pilihan-pilihan lain.
Chow tidak nampak Umech Land akan diminta memfailkan tender lain kerana tanggungjawab antara syarikat itu dengan PDC tamat dengan terbatalnya urus niaga.
“Andai kata kita ada tender baharu, mana-mana termasuk Umech, Sunway, atau mana-mana boleh dipelawa untuk masuk.
“Sekiranya tak ada orang yang berminat, mahu tak mahu, PDC perlu meneruskan projek itu atas sumber dan dana sendiri.
“Kita tak boleh biarkan sebilion ringgit tanah industri dibiarkan begitu,” katanya kepada para wakil rakyat.
Kerajaan negeri membatalkan penjualan tanah Byram itu pada 17 Okt lepas, berikutan perubahan dalam pegangan saham syarikat tersebut.
Penggantungan menyusuli pengumuman oleh pemaju hartanah, Sunway Group, pada 27 Sept bahawa Umech Land menandatangani perjanjian pembangunan bersama dengan PDC untuk membangunkan tanah seluas 226.ha di Byram kepada taman perindustrian, dengan nilai pembangunan kasar sekitar RM3.5 bilion.
Dua hari sebelum pengumuman tersebut, Sunway menjadi pemegang saham majoriti dalam Umech Land, iaitu sebanyak 70%, menerusi anak syarikat, Sunway Bukit Gambier Sdn Bhd.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM263,241.84
Ethereum (ETH) RM10,250.04
Tether (USDT) RM4.22
BNB (BNB) RM2,351.27
USDC (USDC) RM4.22
XRP (XRP) RM2.26
BUSD (BUSD) RM4.23
Cardano (ADA) RM1.49
Solana (SOL) RM607.45
Dogecoin (DOGE) RM0.465827
Polkadot (DOT) RM17.68
Polygon (MATIC) RM1.63
Lido Staked Ether (STETH) RM10,250.17
Shiba Inu (SHIB) RM0.000074
Dai (DAI) RM4.22
TRON (TRX) RM0.662016
Avalanche (AVAX) RM111.06