Promosi cermin mata dalam talian

0

OPTIK Idaman Sdn Bhd (Optik Idaman) yakin menerusi penawaran perkhidmatan dan produk cermin mata pada harga mampu milik, menjadikan kedainya pilihan pelbagai lapisan masyarakat.

Pengarah Urusannya, Sophan Saie berkata, setakat ini pihaknya mempunyai dua cawangan Optik Idaman iaitu di Gombak, Kuala Lumpur dan Terengganu.

Katanya, sejak ditubuhkan pada 2002, Optik Idaman sentiasa mengetengahkan konsep keluarga dan bertolak ansur dengan pelanggannya.

“Optik Idaman selalu menjadi pilihan seisi keluarga dan kedai kami lebih dikenali sebagai Family Optic kerana harga kami yang berpatutan.

“Disebabkan itu juga Optik Idaman antara kedai cermin mata Bumiputera yang masih bertahan dalam pasaran biarpun kami kini berdepan cabaran pandemik Covid-19,” katanya kepada Bisnes Metro.

Sophan berkata, pihaknya juga kini menggunakan platform dalam talian serta media sosial untuk mempromosi cermin mata Optik Idaman.

Beliau berkata, memandangkan pergerakan terbatas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihaknya kini sudah tidak boleh terlalu bergantung kepada pemasaran secara offline.

“Sebelum ini, kami juga mengadakan promosi di setiap universiti, namun sekarang kami terpaksa menukar strategi dan ia berhasil kerana lebih 30 peratus jualan sekarang disumbang melalui dalam talian.

“Kami berharap PKP ini akan berakhir dan menjelang akhir tahun ini kami menyasarkan jualan sebanyak RM80,000 sebulan,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM433,280.62
Ethereum (ETH) RM12,074.33
Tether (USDT) RM4.47
BNB (BNB) RM2,987.59
USDC (USDC) RM4.47
XRP (XRP) RM11.81
BUSD (BUSD) RM4.46
Cardano (ADA) RM3.61
Solana (SOL) RM879.91
Dogecoin (DOGE) RM1.19
Polkadot (DOT) RM23.21
Polygon (MATIC) RM1.43
Lido Staked Ether (STETH) RM12,068.78
Shiba Inu (SHIB) RM0.000074
Dai (DAI) RM4.47
TRON (TRX) RM1.04
Avalanche (AVAX) RM115.51