PROTON kembangkan pasaran ke 5 negara

0

Kuala Lumpur: PROTON Holdings Bhd terus mengembangkan sayapnya ke lima negara iaitu Kenya, Pakistan, Brunei, Bangladesh, dan Mesir bulan ini.

Dalam satu kenyataan, PROTON berkata, jumlah eksportnya bertambah sebanyak 10.6 peratus setakat tahun ini walaupun terdapat sekatan dunia disebabkan pandemik Covid-19.

“Lima pelancaran bakal berlaku pada minggu-minggu akan datang dengan salah satu menandakan kali pertama Proton X50 memasuki pasaran eksport manakala dua lagi ialah permulaan aktiviti pemasangan tempatan dan jualan kenderaan Proton di pasaran baharu.

“Mendahului pasaran tempatan masih menjadi antara salah sasaran kami tetapi pada masa sama, penting bagi jenama Proton membina namanya di pasaran antarabangsa kerana ia mewakili syarikat dan Malaysia,” katanya.

Pengerusi PROTON Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, objektif ini dinyatakan dengan jelas dalam rancangan 10-tahun yang dibentuk pada permulaan kerjasama strategik dengan Geely.

“Namun, rancangan eksport kami telah terjejas oleh pandemik Covid-19 kerana setiap negara mempunyai cara tersendiri untuk menangani masalah itu. Tetapi, atas usaha gigih pekerja serta sokongan daripada pelbagai agensi kerajaan telah membantu kami kembali ke haluan yang betul.

“Oleh itu, dalam jangka masa beberapa minggu ini, kami akan mengumumkan permulaan aktiviti pemasangan tempatan dan jualan di Kenya dan Pakistan serta jualan Proton X50 di Brunei,” tambahnya.

PROTON berkata, selain daripada negara-negara ini, Bangladesh dan Mesir juga akan mengadakan pelancaran Proton Saga secara maya bulan ini.

“Ini akan diikuti oleh satu lagi pelancaran di Nepal sebelum tahun berakhir,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM433,280.62
Ethereum (ETH) RM12,074.33
Tether (USDT) RM4.47
BNB (BNB) RM2,987.59
USDC (USDC) RM4.47
XRP (XRP) RM11.81
BUSD (BUSD) RM4.46
Cardano (ADA) RM3.61
Solana (SOL) RM879.91
Dogecoin (DOGE) RM1.19
Polkadot (DOT) RM23.21
Polygon (MATIC) RM1.43
Lido Staked Ether (STETH) RM12,068.78
Shiba Inu (SHIB) RM0.000074
Dai (DAI) RM4.47
TRON (TRX) RM1.04
Avalanche (AVAX) RM115.51