Putrajaya mungkin bantu P Pinang biaya naik taraf paip air

0

Fadillah Yusof berkata, kerja penggantian injap utama membabitkan operasi penyelenggaraan di Pulau Pinang perlu dilaksanakan bagi mengatasi kerugian akibat air tidak terhasil yang lebih teruk. (Gambar Bernama)
KUCHING: Kerajaan sedang meneliti keperluan menyalurkan bantuan dalam bentuk geran atau pinjaman kepada kerajaan Pulau Pinang bagi menyelesaikan pelaksanaan kerja penggantian injap utama di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, Butterworth, kata Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof.
Menteri peralihan tenaga dan daya guna awam itu berkata, kerja penggantian injap membabitkan operasi penyelenggaraan di negeri itu perlu dilaksanakan bagi mengatasi kerugian akibat air tidak terhasil (NRW) yang lebih teruk.
“Sebagaimana yang kita tahu, di seluruh negara kita sudah banyak paip-paip utama rosak dan bila kita naik taraf bekalan air, pam dan sebagainya, paip lama mudah pecah.
“Ini antara cabaran yang dihadapi penyedia perkhidmatan, bukan saja di Pulau Pinang, termasuk di Sarawak dan negeri lain…sebab itu tumpuan kita untuk mengurangkan air tidak terhasil,” katanya selepas majlis perasmian Kempen e-Duit dan Tanpa Tunai Pasar Malam Metrocity di sini, malam tadi.
Menurutnya, kementeriannya akan terus memantau serta bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan air negeri masing-masing bagi memastikan penambahbaikan sistem bekalan air dilaksanakan.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam kenyataan semalam memaklumkan tahap kedua pemulihan bekalan air bermula dari 6 pagi Jumaat dengan pengepaman optimum air terawat dari LRA Sungai Dua ke bahagian pulau dan menyasarkan bekalan kepada 495,065 pengguna pulih menjelang 6 pagi ini.
Sebanyak 590,000 akaun pengguna di seluruh Pulau Pinang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual bermula 6 pagi Rabu lalu, namun sekurang-kurangnya 101 kawasan di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dijangka menerima bekalan air selepas 48 jam.
Sebanyak 157 kawasan membabitkan SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau pula akan mula menerima bekalan air selepas 72 jam.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM373,395.91
Ethereum (ETH) RM8,751.32
Tether (USDT) RM4.43
BNB (BNB) RM2,780.47
USDC (USDC) RM4.43
XRP (XRP) RM10.81
BUSD (BUSD) RM4.43
Cardano (ADA) RM3.19
Solana (SOL) RM565.77
Dogecoin (DOGE) RM0.748852
Polkadot (DOT) RM19.40
Polygon (MATIC) RM0.93975
Lido Staked Ether (STETH) RM8,751.23
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.43
TRON (TRX) RM1.04
Avalanche (AVAX) RM82.93