Rafizi mohon peguam mulakan proses saman terhadap Wan Fayhsal

0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli akan ambil tindakan undang-udnang terhadap Wan Ahmad Fayhsal berhubung dakwaan seleweng duit kementerian.
PETALING JAYA: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berhubung dakwaan menyeleweng duit kementerian untuk membayar laskar siber.
Rafizi berkata beliau telah mohon peguam untuk memulakan proses saman terhadap pemimpin Bersatu itu.
“Saya tidak pernah saman sesiapa, tetapi fitnah YB Machang ni adalah kes yang sangat jelas bila dibawa ke mahkamah,” katanya di X.
Semalam, Wan Fayhsal berkongsi catatan oleh seorang pempengaruh media sosial, @RichardPower_ , mengandungi tangkap layar slaid menggariskan tugas pempengaruh dan naratif mengalakkan mengenai inisiatif kerajaan yang mesti diuar-uarkan di media sosial.
Rafizi dalam catatan lain berkata beliau telah mengarahkan setiausaha akhbarnya untuk membuat laporan polis terhadap @RichardPower_ berhubung tuduhan itu.
“Menteri ekonomi tak pernah bayar siapa-siapa sebagai pempengaruh,” katanya, dan menambah pejabatnya tak pernah tengok cadangan yang disebarkan.
Wan Fayhsal ketika dihubungi berkata beliau akan respon selepas terima surat tuntutan rasmi daripada Rafizi.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM264,789.62
Ethereum (ETH) RM10,333.82
Tether (USDT) RM4.22
BNB (BNB) RM2,402.33
USDC (USDC) RM4.22
XRP (XRP) RM2.26
BUSD (BUSD) RM4.19
Cardano (ADA) RM1.51
Solana (SOL) RM622.08
Dogecoin (DOGE) RM0.471339
Polkadot (DOT) RM17.65
Polygon (MATIC) RM1.60
Lido Staked Ether (STETH) RM10,329.94
Shiba Inu (SHIB) RM0.000077
Dai (DAI) RM4.22
TRON (TRX) RM0.65061
Avalanche (AVAX) RM113.73