Rakyat susah, NGO serah memo kepada Istana Negara

0

Hampir 1,000 hadir dalam demonstrasi di luar pekarangan Istana Negara sambil membawa plakad ‘Daulat Tuanku’ dan ‘Selamatkan Malaysia’.

KUALA LUMPUR: Wakil empat NGO Islam menghantar memorandum ke Istana Negara menekankan kesusahan rakyat kesan situasi sosioekonomi negara.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada wakil Istana.

Hampir 1,000 hadir pada demonstrasi, sambil membawa plakad “Daulat Tuanku” dan “Selamatkan Malaysia”. Kira-kira 50 anggota polis berkawal.

Slogan “Lawan”, “Takbir”, “Hidup Rakyat” dan “Anwar derhaka” dilaungkan.

Presiden Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam Aminuddin Yahaya, berkata situasi ekonomi Malaysia mengakibatkan kesusahan berpanjangan, termasuk harga barang asas melonjak tanpa kawalan.

“Malangnya, kerajaan tidak cekap menangani tekanan dan kesusahan untuk menyelesaikan masalah ekonomi.

“Keseluruhan rakyat terutama orang Melayu dan Muslim rasa cukup tertindas, bimbang dan takut dengan keadaan negara di bawah pentadbiran dan kepimpinan hari ini,” katanya kepada media di luar pekarangan Istana Negara selepas menyerahkan memorandum.

Aminuddin juga berharap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, menilai semula kepimpinan negara dan mengambil tindakan sewajarnya demi kebaikan negara dan rakyat.

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad juga hadir pada demonstrasi itu.

“Saya juga rakyat Malaysia dan saya bersimpati dengan mereka,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM423,508.34
Ethereum (ETH) RM12,030.72
Tether (USDT) RM4.43
BNB (BNB) RM2,935.37
USDC (USDC) RM4.43
XRP (XRP) RM11.71
BUSD (BUSD) RM4.40
Cardano (ADA) RM3.56
Solana (SOL) RM785.97
Dogecoin (DOGE) RM1.14
Polkadot (DOT) RM21.55
Polygon (MATIC) RM1.40
Lido Staked Ether (STETH) RM12,021.32
Shiba Inu (SHIB) RM0.000069
Dai (DAI) RM4.43
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM109.89