Rancangan kemakmuran bersama 10 tahun Dr M gugur?

0


Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 merupakan rancangan hala tuju ekonomi selama 10 tahun untuk mencapai kemampanan pertumbuhan. (Gambar MyGov)

PETALING JAYA: Timbul persoalan sama ada kerajaan sudah menggugurkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang dilancarkan Dr Mahathir Mohamad ketika menerajui pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), pada 2019.

Persoalan berhubung perkara itu tercetus susulan pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada semua jabatan kerajaan dan agensi, awal bulan ini, yang mengarahkan penggunaan ‘Wawasan Kemakmuran Bersama 2030’ digugurkan dalam semua surat menyuratnya.

“Perdana menteri sudah bersetuju menggugurkan penggunaan frasa itu dalam semua surat menyurat kerajaan berkuat kuasa serta merta.

“Hanya ‘Berkhidmat Untuk Negara’ yang digunapakai sejak 1979 akan dikekalkan,” kata JPA dalam pekeliling itu.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada kerajaan hanya menggugurkan frasa terbabit dalam surat menyuratnya semata-mata atau menggugurkan WKB 2030 sama sekali.

Dalam pekeliling 2021, JPA telah mengarahkan penambahan frasa WKB 2030.

Pelan hala tuju WKB diumumkan secara rasmi, pada 2020. Ia merupakan rancangan hala tuju baharu ekonomi negara bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Ia bertujuan meningkatkan kemakmuran negara dan mengukuhkan kestabilan politik serta memastikan rakyat bersatu padu tanpa prasangka dengan meraikan kepelbagaian bangsa dan budaya sebagai asas penyatuan negara bangsa.

FMT sudah menghubungi Jabatan Perdana Menteri untuk mendapat maklum balas lanjut.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM422,781.08
Ethereum (ETH) RM11,998.26
Tether (USDT) RM4.43
BNB (BNB) RM2,926.15
USDC (USDC) RM4.43
XRP (XRP) RM11.66
BUSD (BUSD) RM4.36
Cardano (ADA) RM3.51
Solana (SOL) RM781.67
Dogecoin (DOGE) RM1.13
Polkadot (DOT) RM21.37
Polygon (MATIC) RM1.40
Lido Staked Ether (STETH) RM11,992.45
Shiba Inu (SHIB) RM0.000069
Dai (DAI) RM4.43
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM109.04