Rekod mahkamah belum siap, rayuan Bung, isteri ditangguh

0


Bung Moktar Radin didakwa menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai suapan ketika menjadi pengerusi Felcra, dan isterinya, Zizie Izette, dituduh bersubahat dengannya.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan tidak dapat menetapkan tarikh pendengaran rayuan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dan isteri, Zizie Izette, selepas Mahkamah Tinggi menolak cara mereka mencabar perintah hakim Mahkamah Sesyen yang meminta pasangan itu membela diri atas tuduhan rasuah dan bersubahat.

Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How, berkata pendaftar Mahkamah Tinggi masih belum menyediakan rekod rayuan, termasuk penghakiman bertulis dan nota keterangan.

“Mahkamah Rayuan telah menetapkan satu lagi pengurusan kes pada 22 Mac,” kata Law kepada FMT selepas pengurusan kes dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Khairi Haron hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua pihak akan menghadap hakim perbicaraan Rozina Ayob pada Jumaat untuk memaklumkan status kes itu.

Peguam K Kumaraendran yang mewakili Zizie turut mengesahkan perkara itu.

Dalam kes jenayah, rekod rayuan disediakan oleh mahkamah sebaik sahaja notis rayuan difailkan.

Pada 9 Dis, Hakim Mahkamah Tinggi Azhar Abdul Hamid membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan bahawa Bung dan Zizie tersilap memfailkan usul, disokong afidavit, memohon semakan keputusan Rozina.

Pihak pendakwaan berkata, pasangan itu sepatutnya hanya menghantar surat kepada Azhar untuk meminta semakan.

Bung berdepan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai suapan ketika menjadi pengerusi Felcra.

Dia didakwa berbuat demikian bagi mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan unit Public Mutual berjumlah RM150 juta pada Jun 2015.

Zizie menghadapi tiga pertuduhan bersubahat dengannya.

Rozina menetapkan 14 hari mulai 26 Sept hingga bulan ini untuk meneruskan perbicaraan selepas dia mengarahkan pasangan itu membela diri pada 2 Sept.

Source link

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Bitcoin (BTC) RM123,212.48
Ethereum (ETH) RM7,839.58
Tether (USDT) RM4.42
BNB (BNB) RM1,391.46
USD Coin (USDC) RM4.42
XRP (XRP) RM2.37
Binance USD (BUSD) RM4.42
Cardano (ADA) RM1.65
Solana (SOL) RM89.99
Dogecoin (DOGE) RM0.327898
Polkadot (DOT) RM26.74
Polygon (MATIC) RM4.79
Lido Staked Ether (STETH) RM7,813.28
Shiba Inu (SHIB) RM0.000046
Dai (DAI) RM4.42
TRON (TRX) RM0.28306
Avalanche (AVAX) RM76.11