Ringgit mengukuh, KPKM runding untuk semak semula harga beras import

0

Mohamad Sabu berkata kementeriannya sedang berunding dengan Bernas untuk menyemak semula harga pelarasan beras putih import susulan pengukuhan nilai ringgit.

PETALING JAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang berunding dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) untuk menyemak semula harga pelarasan beras putih import (BPI) baharu agar pengguna dapat membelinya dengan harga berpatutan.

Menterinya, Mohamad Sabu, berkata usaha itu dibuat berikutan pengukuhan nilai ringgit sejak kebelakangan ini.

“Berikutan pengukuhan nilai ringgit, kita sedang berunding dengan Bernas untuk menyemak harga itu bagi membolehkan pengguna memperoleh beras import pada harga berpatutan,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang mempersoal mengapa masalah kekurangan beras tempatan di pasaran masih berlanjutan dan dengan kenaikan nilai ringgit, adakah harga beras import akan turun.

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu.

Mengulas isu ketiadaan beras putih tempatan (BPT) di pasaran yang melanda negara sejak 2023, Mohamad berkata pihaknya sentiasa berusaha dengan melakukan pelbagai pendekatan bagi memastikan bekalan di pasaran mampu memenuhi keperluan pengguna.

“Dalam usaha untuk memastikan kelangsungan industri padi beras negara, kementerian kini giat melaksanakan rombakan strategi melalui pelaksanaan reformasi industri padi dan beras.

“Antara langkah yang diambil melalui reformasi ini adalah pemantapan tatakelola melalui pengasingan kuasa melibatkan Bahagian Pembangunan Industri Padi (PIP), Kawalselia Padi Beras (KPB) dan wakil kerajaan dalam Bernas.

“Selain itu, kita mewujudkan peraturan baharu larangan percampuran beras putih tempatan dengan beras putih import termasuk kajian daya saing struktur harga padi dan beras, penggabungan penguatkuasa di bawah KPKM bagi memperkukuh kawal selia sektor agromakanan serta reformasi pentadbiran Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas),” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM459,208.44
Ethereum (ETH) RM17,474.13
Tether (USDT) RM4.47
BNB (BNB) RM3,289.40
USDC (USDC) RM4.47
XRP (XRP) RM10.95
BUSD (BUSD) RM4.31
Cardano (ADA) RM5.50
Solana (SOL) RM1,055.31
Dogecoin (DOGE) RM1.96
Polkadot (DOT) RM48.05
Polygon (MATIC) RM3.19
Lido Staked Ether (STETH) RM17,457.95
Shiba Inu (SHIB) RM0.000141
Dai (DAI) RM4.47
TRON (TRX) RM1.48
Avalanche (AVAX) RM234.32