Saya namakan ‘Mr H’ kepada polis, kata Agus

0

Agus Yusoff tampil bersama peguam di IPD Kajang untuk memberikan keterangan.
PETALING JAYA: Mohammad Agus Yusoff menamakan kepada polis individu bergelar “Mr H”, yang dikaitkan dengan video perbualan tular yang didakwa disuai pinda.
Ditemui pemberita di IPD Kajang, Agus berkata beliau “sudah mendedahkan siapa ‘Mr H’ untuk siasatan pihak polis.”
“Saya sudah berjumpa dengan pegawai penyiasat dan selesai diambil keterangan,” katanya.
Terdahulu, Agus yang tampil bersama peguam memberi keterangan kepada polis berhubung suatu video perbualan tular.
Individu bergelar “Mr H” itu disebut oleh seorang pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Abdul Wahab Abdul Kadir pada sidang media bersama Agus, Jumaat lepas.
Wahab, yang mendedahkan dirinya sebagai orang yang diarah untuk merakam perbualan video dengan Agus, mendakwa terdapat suatu komplot yang didalangi oleh “individu-individu berjawatan tinggi” di J-Kom.
Agus menghantar surat letak jawatan ketua pengarah J-Kom kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini. Katanya, ia tidak berkait dengan penyebaran video berkenaan.
Siasatan polis dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.
Dalam pada itu, Agus memaklumkan suatu laporan polis juga dibuat berhubung satu klip video yang dikatakan telah mendedahkan maklumat peribadinya dengan mendedahkan laporan polis sebelum ini.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM461,237.88
Ethereum (ETH) RM17,525.36
Tether (USDT) RM4.48
BNB (BNB) RM3,278.67
USDC (USDC) RM4.48
XRP (XRP) RM10.82
BUSD (BUSD) RM4.38
Cardano (ADA) RM5.45
Solana (SOL) RM1,055.13
Dogecoin (DOGE) RM1.96
Polkadot (DOT) RM47.61
Polygon (MATIC) RM3.17
Lido Staked Ether (STETH) RM17,507.34
Shiba Inu (SHIB) RM0.00014
Dai (DAI) RM4.47
TRON (TRX) RM1.48
Avalanche (AVAX) RM233.30