Semua perolehan perlu dipapar di portal kerajaan, kata Perbendaharaan

Perbendaharaan berkata, semua agensi kerajaan bertanggungjawab memastikan maklumat tepat dipaparkan di portal MyProcurement. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Perbendaharaan memperkenalkan satu portal dalam talian untuk agensi kerajaan memaparkan butiran lengkap rancangan perolehan, bermula daripada tender hingga pelaksanaan yang mudah diakses orang ramai bagi penelitian.
Dalam pekeliling 29 Nov yang dilihat FMT, Perbendaharaan mewajibkan butiran lengkap dipaparkan dan dikemas kini di portal MyProcurement berkuat kuasa serta-merta.
Katanya, ketua agensi perlu memastikan portal itu turut mengiklankan pembukaan tender baharu, keputusan dan pembatalan projek.
Menurut pekeliling itu, maklumat yang dipaparkan di MyProcurement diperolehi dengan mengintegrasi sistem itu dan dua pangkalan data lain milik Kementerian Kewangan yang memproses serta menyimpan data perolehan kerajaan.

“Menjadi tanggungjawab semua agensi kerajaan memastikan maklumat yang dipaparkan di MyProcurement adalah tepat,” menurut pekeliling itu.
Katanya, paparan maklumat awam sedemikian, daripada peringkat perancangan sehingga pelaksanaan, secara langsung akan menyebabkan rasa tanggungjawab dan ketelusan dilaksanakan sepanjang proses perolehan.
Orang ramai boleh melayari portal itu di

Source link

Comments (0)
Add Comment