Silap undur kereta, remaja rempuh pelanggan medan selera

0

Rakaman CCTV menunjukkan lebih 10 pelanggan dirempuh sebuah Toyota Avanza ketika sedang menjamu selera di Pantai Puteri Melaka semalam.
PETALING JAYA: Lebih 10 pelanggan melalui detik cemas selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang secara tiba-tiba mengundur ketika mereka menjamu selera, dalam kejadian di Pantai Puteri, Melaka semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian 2.43 petang itu semua mangsa dilaporkan selamat apabila sempat mengelak Toyota Avanza yang dipercayai dipandu remaja berusia 16 tahun itu.
Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, siasatan awal ibu remaja terbabit memintanya memanaskan enjin sebelum dia tertekan pedal minyak dan mengubah kepada gear undur.
“Kereta itu kemudian bergesel dengan kereta di parkir bersebelahannya. Ia merempuh beberapa pelanggan dalam medan selera tersebut namun mujur mereka sempat mengelak,” katanya dalam kenyataan, menurut Astro Awani.
Selain itu, Christopher berkata, polis setakat ini belum dapat mengesahkan jumlah pelanggan yang terlibat dalam kejadian itu termasuk mengenal pasti mangsa yang cedera.
“Mungkin ada yang tercedera, tetapi belum datang buat laporan dan tiada buat rawatan di hospital, jadi kami tidak dapat sahkan berapa yang cedera.
“Kita juga telah mengambil rakaman CCTV dari gerai makanan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Terdahulu, tular rakaman CCTV kejadian di medan selera terbabit yang didapati melibatkan sekurang-kurangnya 11 pelanggan termasuk seorang bayi.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM258,528.59
Ethereum (ETH) RM10,021.76
Tether (USDT) RM4.22
BNB (BNB) RM2,328.57
USDC (USDC) RM4.22
XRP (XRP) RM2.21
BUSD (BUSD) RM4.20
Cardano (ADA) RM1.48
Solana (SOL) RM588.33
Dogecoin (DOGE) RM0.452958
Polkadot (DOT) RM17.51
Polygon (MATIC) RM1.59
Lido Staked Ether (STETH) RM10,021.68
Shiba Inu (SHIB) RM0.000072
Dai (DAI) RM4.22
TRON (TRX) RM0.66351
Avalanche (AVAX) RM107.35