Siri Jelajah Suria Kini Kembali, Anggun Cotton Collection Jadi Penaja Utama

0

Yang dinanti kini telahpun tiba. Siri Jelajah Suria kini kembali menemui pendengar stesen radio popular itu di Zon Selatan, Utara, Pantai Timur dan Lembah Klang bermula dari11 Februari 2023 sehingga 4 Mac 2023 dengan bertemakan sentuhan ’80an, 90an, dan terkini!

Barisan penyampai Suria FM, Ajak, Shuib, Suraya Borhan, Feeya Iskandar (Cik Piah), Sharifah Shahirah (Rara), Tyzo Xander, DJ Lin dan Anna J bakal menghangatkan siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection 2023

Peminat dan pendengar Suria FM kini berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan semua penyampai Suria FM seperti Ajak, Shuib, Suraya Borhan, Feeya Iskandar (Cik Piah), Sharifah Shahirah (Rara), Tyzo Xander, DJ Lin dan Anna J secara dekat.

Penganjuran siri Jelajah Suria kembali dengan lebih segar dan bergaya untuk edisi kali ini dengan menampilkan jenama fesyen pakaian ‘ready-to-wear’ popular, Anggun Cotton Collection sebagai penaja utama.

Siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection akan membuka tirai pada hari Sabtu, 11 Februari di Paradigm Mall, Johor Bahru, dikuti Zon Utara pada 19 Februari. Ini diikuti dengan lokasi seterusnya di Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang pada 25 Februari 2023 dan akan berakhir di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor pada 4 Mac 2023.

Lebih mengujakan, Jelajah Suria pada kali ini bakal membariskan lebih 40 artis popular seperti Shidee, Raja Ema, Bunga, Insomniacks, Akim & The Majistret, Luqman Podolski, Zamani Slam, Nabila Razali, Siti Nordiana, Alyph, Sissy Imann, Ally Axl, Exists, Khai Bahar, Aishah, Ruffedge,Kristal X, Zulhadi, Syameer Azmi, Aris Ariwatan, Muss, Floor 88, Ernie Zakri, Syamel, Ramlah Ram, Newboyz, Xpose, Azan Scan, Misha Omar, Venus, Ella, Haqiem Rusli, Alif Satar & The Locos, Meer Nash, Da Unknown, Wani Annuar, Aiman Zaidi, Heedan Mohd dan ramai lagi.

Barisan penyampai dan selebriti yang akan turut serta pada siri Jelajah Suria – Anggun Cotton Collection di Paradigm Mall, Johor Bahru pada 11 Februari nanti

Difahamkan, kesemua mereka akan menyanyikan lagu hits masing-masing dan ia merupakan pilihan dari Suria FM sendiri bagi memenuhi permintaan pendengar yang tersayang.

Sinonim dengan muzik 90-an hingga terkini, siri Jelajah Suria tahun ini turut diberikan sedikit kelainan dengan menampilkan muzik penuh nostalgia irama 80-an.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin ;

“Siri Jelajah Suria adalah sebuah acara tahunan yang paling dinantikan ole peminat dan pendengar Suria FM. Oleh itu, pada jelajah kali ini, kami bersama Anggun Cotton Collection selaku penaja utama serta AC Gas selaku penaja bersama akan berikan kelainan buat para pendengar dengan menengahkan elemen 80an, 90an dan terkini bertujuan untuk meluaskan sasaran pendengar Suria FM ke semua lapisan umur”. katanya

“Pengunjung Jelajah Suria Anggun Cotton Collection berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa 4 buah Motosikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM4000 untuk pembelian barangan eksklusif Suria FM di booth ‘Kedai Suria’ seperti edisi terhad Jersey Suria, T-shirt Suria, lanyard, payung dan drawstring bag”. tambah Dj Lin

Istimewa bagi edisi kali ini apabila wang tunai lebih RM10,000 turut menanti pengunjung Jelajah Suria menerusi pelbagai aktiviti pentas yang akan dijalankan di setiap lokasi bermula seawal jam 12 tengahari hingga 6 petang.

GALERI

Anggun Cotton Collection turut akan memperkenalkan koleksi khas siri Jelajah Suria FM yang hanya boleh didapati di semua lokasi siri jelajah yang akan ditawarkan pada harga istimewa

Anggun Cotton Collection juga akan turut memperkenalkan beberapa koleksi khas sempena jelajah Suria kali ini. Difahamkan koleksi ini hanya akan dijual di setiap lokasi jelajah dengan harga istimewa. Lebih istimewa apabila duta jenama fesyen pakaian ‘ready-to-wear’ itu, selebriti Yana Samsudin akan turut serta di semua lokasi siri Jelajah Suria FM.

Konvoi siri Jelajah Suria FM ke Johor Bahru dijadual akan berlepas ke destinasi pada 10 Februari. Difahamkan konvoi akan singgah di Butik Anggun Senawang, Negri Sembilan untuk sesi ‘Meet & Greet’ bersama Yana Samsudin dan barisan penyampai Suria FM. Peminat dan pendengar Suria FM dijemput hadir bagi memeriahkan sesi tersebut.

Source link

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Bitcoin (BTC) RM125,117.37
Ethereum (ETH) RM7,964.53
Tether (USDT) RM4.45
BNB (BNB) RM1,501.99
USD Coin (USDC) RM4.43
XRP (XRP) RM2.03
Binance USD (BUSD) RM4.43
Cardano (ADA) RM1.68
Solana (SOL) RM99.35
Dogecoin (DOGE) RM0.335937
Polkadot (DOT) RM28.07
Polygon (MATIC) RM5.08
Lido Staked Ether (STETH) RM7,964.17
Shiba Inu (SHIB) RM0.000048
Dai (DAI) RM4.42
TRON (TRX) RM0.297574
Avalanche (AVAX) RM77.12