Sokong Akmal: Bekas wakil rakyat, ahli akademik bidas MKT Umno

0

Tawfik Ismail dan Tajuddin Rasdi gesa rakyat abaikan seruan boikot KK Mart.

PETALING JAYA: Seorang bekas wakil rakyat dan ahli akademik membidas majlis kerja tertinggi Umno kerana menyokong tindakan Ketua Pemuda Dr Akmal Salleh berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.

Bekas Ahli Parlimen Sungai Benut, Tawfik Ismail, dan Tajuddin Rasdi dari Universiti UCSI berkata Umno kelihatan hampir-hampir mengambil kesempatan ke atas isu ini untuk politik.