SPRM cari pengarah eksekutif kumpulan digantung tugas

SPRM berkata alamat terakhir Mak Siew Mei adalah di no 33, Jalan PJU 8/12C, Rafflesia, Damansara Perdana.
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan pengarah eksekutif Erdasan Group Bhd yang digantung tugas, Mak Siew Wei bagi membantu siasatan.
Agensi antirasuah itu dalam kenyataan memaklumkan alamat terakhir Mak yang berusia 50 tahun adalah di no 33, Jalan PJU 8/12C, Rafflesia, Damansara Perdana di sini.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Khairul Ariffin Ghazali di talian 012-323 5996 atau menerusi e-mel di khairulariffin@sprm.gov.my,” katanya.
Pada 12 Mac lalu, media melaporkan Erdasan Group yang sebelum ini dikenali AT Systematization Bhd menggantung tugas Mak sementara menunggu hasil siasatan kemungkinan transaksi meragukan pada 2020 dan 2021.
Semalam, The Edge Malaysia melaporkan kumpulan itu sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap Mak atas dakwaan penipuan.
Erdasan mendakwa Mak telah menyalurkan dana syarikat sebanyak RM46.47 juta kepada beberapa pihak ketiga tanpa justifikasi yang sah.

Source link

Mak Siew Meisiasatansprm
Comments (0)
Add Comment