Strategi rancak pertumbuhan | Harian Metro

0

KERAJAAN menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2020 diunjurkan dalam julat 3.2 peratus hingga 4.2 peratus.

Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan yakin pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 akan membolehkan ekonomi negara meningkat pada tahap tertinggi dalam julat berkenaan.

“Di dalam rangka pakej rangsangan ini, kerajaan turut mengambil berat prestasi fiskal negara.

“Defisit fiskal dianggarkan meningkat sedikit kepada 3.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding anggaran asal 3.2 peratus,” katanya pada pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bertema Memperkukuh Keyakinan, Merangsang Pertumbuhan, Melindungi Pekerjaan di sini, semalam.

Menurutnya, pada 2003, Malaysia pernah mengalami situasi sama ketika penularan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang melanda Asia Timur yang menyebabkan jumlah pelancong merosot dengan ketara.

“KDNK sudah menurun daripada 7.1 peratus pada suku ketiga tahun 2002 kepada 4.6 peratus pada suku ketiga 2003.

“Namun, susulan daripada pakej rangsangan ekonomi yang komprehensif, kedudukan ekonomi sudah mencapai tahap pemulihan yang kukuh kepada 6.5 peratus pada suku
keempat 2003.

“Insya-Allah, ini boleh kita ulangi dengan pakej rangsangan ini,” katanya.

Katanya, kerajaan juga menyedari bahawa pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi tidak boleh dilaksanakan satu pihak saja.

“Kerajaan menyeru pihak swasta secara langsung dan tidak langsung turut terbabit bagi memastikan pakej ini berjaya,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM430,895.66
Ethereum (ETH) RM16,517.25
Tether (USDT) RM4.46
BNB (BNB) RM3,433.45
USDC (USDC) RM4.46
XRP (XRP) RM11.82
BUSD (BUSD) RM4.28
Cardano (ADA) RM5.49
Solana (SOL) RM1,049.97
Dogecoin (DOGE) RM1.87
Polkadot (DOT) RM44.69
Polygon (MATIC) RM3.18
Lido Staked Ether (STETH) RM16,504.72
Shiba Inu (SHIB) RM0.000135
Dai (DAI) RM4.46
TRON (TRX) RM1.69
Avalanche (AVAX) RM242.87