Sultan Johor bebas beri pandangan, kata PM

0

Anwar Ibrahim berkata sepatutnya tidak ada kebimbangan jika ada pandangan termasuk daripada Sultan Johor mengenai perkara itu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Sultan Johor bebas memberi pandangan termasuk berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Petronas susulan pelantikannya sebagai Yang di-Pertuan Agong tahun depan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata demikian susulan cadangan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya SPRM dan Petronas melaporkan terus kepada Agong bukan Parlimen seperti sekarang.

Anwar berkata, cadangan itu tidak akan menggugat kuasa dan peruntukan Perlembagaan negara.

“(Sultan Johor) hanya lontar pandangan, kita boleh bincang, bagi saya tidak ada masalah. Ia tidak langsung akan menggugat kuasa dan peruntukan Perlembagaan negara kita.

“Itu pandangan saya. Saya bukan nak ulas tapi kerana saya diminta ulas kenyataan itu dan saya jawab kita boleh berunding dengan baik,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Anwar berkata, sepatutnya tidak ada kebimbangan jika ada pandangan termasuk daripada Sultan Johor mengenai perkara itu.

“Pandangan ini, ya kita boleh dibawa bincang tapi tidak akan mempengaruhi dasar negara dan prinsip kita tentang Raja Berperlembagaan,” katanya.

Sultan Ibrahim dalam temu bual eksklusif bersama The Straits Times Singapura turut berkata, menghentikan amalan rasuah antara tumpuannya apabila baginda memikul tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, tahun depan.

Titah itu mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang meminta Anwar memelihara dan mempertahankan konsep pengasingan kuasa.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM439,352.42
Ethereum (ETH) RM10,502.83
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,731.79
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.09
BUSD (BUSD) RM4.16
Cardano (ADA) RM2.75
Solana (SOL) RM629.56
Dogecoin (DOGE) RM0.749675
Polkadot (DOT) RM16.54
Polygon (MATIC) RM0.877901
Lido Staked Ether (STETH) RM10,493.57
Shiba Inu (SHIB) RM0.000053
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.18
Avalanche (AVAX) RM82.05