Sumbangan Tunku Abdul Rahman jadi aspirasi, kata Anwar

0

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berikrar akan berpegang teguh kepada nilai diwariskan Tunku Abdul Rahman seperti perpaduan, integriti dan keadilan buat semua dalam pentadbirannya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim berkata sumbangan Tunku Abdul Rahman akan menjadi aspirasi menjunjung nilai perpaduan dan keamanan yang membentuk kesatuan negara.

Perdana menteri berharap legasi Abdul Rahman menjadi panduan dalam usaha kerajaan membina negara lebih baik untuk generasi akan datang.

“Hari ini, kita mengenang ulang tahun keputeraan sosok negarawan ulung, Tunku Abdul Rahman.

“Nama Tunku tidak hanya terukir dalam sejarah sebagai Bapa Kemerdekaan Negara, sebaliknya sebagai simbol kesepakatan dan perpaduan yang menyatukan pelbagai kaum dalam satu identiti nasional yang harmoni,” katanya dalam catatan Facebook.

Beliau berkata, keghairahan perdana menteri pertama itu dalam memastikan negara kekal aman dan harmoni perlu terus menjadi inspirasi kepada semua rakyat, terutama dalam menghadapi cabaran semasa.

Menurutnya, dalam mengemudi kerajaan Madani, beliau akan berpegang teguh kepada nilai diwariskan Abdul Rahman seperti perpaduan, integriti dan keadilan buat semua.

“Selain bertekad untuk meneruskan perjuangan demi negara yang lebih sempurna serta makmur buat semua.”

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM372,341.55
Ethereum (ETH) RM8,719.07
Tether (USDT) RM4.43
BNB (BNB) RM2,794.51
USDC (USDC) RM4.43
XRP (XRP) RM10.68
BUSD (BUSD) RM4.42
Cardano (ADA) RM3.15
Solana (SOL) RM565.68
Dogecoin (DOGE) RM0.743212
Polkadot (DOT) RM19.85
Polygon (MATIC) RM0.924935
Lido Staked Ether (STETH) RM8,715.97
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.43
TRON (TRX) RM1.03
Avalanche (AVAX) RM82.58