Suria FM Rai Ulang Tahun ke 15 atas Kapal Mewah Genting Dream

Bagi meraikan ulang tahun ke-15 Suria FM, Suria dengan kerjasama Resorts World Cruises akan

berlayar selama 4 hari 3 malam di atas kapal persiaran Genting Dream pada 9 Januari 2023

dengan membawa misi menjadi Radio Pertama bersiaran di atas kapal pelayaran.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, “24 November, genap 15

tahun Suria FM mewarnai industri radio tanah air dan 2022 merupakan tahun yang luar biasa dari

segi pencapaian kami dari segi rating, ranking serta hasil pendapatan Suria FM secara

keseluruhannya. Semua ini tidak akan dapat dicapai tapa sokongan padu daripada pendengar

setia, pihak penaja serta rakan media. Sempena kejayaan Suria FM kali ini, kami membuat

kelainan dengan meraikan sambutan ulang tahun Suria FM sambil berlayar dan bersiaran secara

langsung dari atas kapal persiaran mewah, ‘Genting Dream’.”

Tambah DJ Lin, “Pada acara tersebut, Suria FM dan Resorts World Cruises akan membawa 5

pendengar bertuah merasai pengalaman berlayar di atas kapal persiaran Genting Dream dengan

pelbagai aktiviti menarik yang bakal diadakan antaranya sukaneka, rock climbing, mini golf,

aktiviti air, karaoke, persembahan istimewa dari barisan artis popular seperti Siti Nordiana, Andi

Bernadee, Amir Madi dan ramai lagi!”

Selain itu, Encik Michael Goh, Presiden Resorts World Cruises juga turut berbesar hati dengan

hasil kerjasama antara dua pihak bag meraikan ulang tahun ke-15 Suria FM pada tahun depan.

Ujarnya,”Bagi pihak Resorts World Cruises, kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada

sambutan lang Tahun ke-15 SURIA FM bersama-sama di Malaysia. Sambutan dan kerjasama

ini sangat bertepatan, memandangkan laluan pelayaran kapal persiaran mewah Genting Dream

kini telah berlepas dari Pelabuhan Klang ke Pulau Pinang, Singapura dan Phuket. Kami teruja untuk berlayar bersama krew SURIA FM dan rakan media pada Januari 2023 dengan misi untuk

mencapai ‘The Malaysia Book of Records’ bagi kategori Radio Pertama bersiaran dari atas

kapal.”

Pada 29 November 2022 (Selasa) ini, Suria FM akan mengadakan majlis ‘Inilah Suria’ bertempat

di Hotel Sheraton, Petaling Jaya sebagai tanda penghargaan but semua pihak penaja dan rakan

media yang sentiasa mempercayai jenama kami hingga membolehkan Suria FM kini berjaya

mencatat pertambahan jumlah pendengar lebih 3.5 juta pendengar seminggu dan sekaligus

meletakkan Suria FM di ranking Top 3 steen radio paling popular di Malaysia.

“Terima kasih kepada semua pendengar setia Suria FM yang sentiasa menyokong kami, anda

adalah sebab Suria FM terus bertahan dan terus doakan kami”, akhiri DJ Lin.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria FM di laman web Suria,

suria.my dan laman sosial Suria Malaysia:-

Instagram: suriamalaysia I Facebook: @SuriaMalaysia I TikTok: @suriamalaysia | Youtube:

SuriaTV I Twitter: @suria_malaysia

Source link

Comments (0)
Add Comment