Sze Fei-Nur Izzuddin wakil tunggal negara final Terbuka India

0

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani akan berdepan pasangan Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae pada final Terbuka India esok. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menjadi satu-satunya wakil negara yang berjaya melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 esok.
Ini selepas pilihan ketiga kejohanan itu menundukkan pilihan ketujuh yang juga pasangan tuan rumah, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-18 dan 21-14, dalam aksi separuh akhir cukup sengit selama 37 minit di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi malam ini.
Menanti Sze Fei-Nur Izzuddin di final, juara Terbuka Malaysia 2025 Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan, yang menyingkirkan satu lagi pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Terdahulu, wakil negara masing-masing beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, juga gagal melangkah ke peringkat akhir selepas tewas kepada lawan masing-masing.
Turut menamatkan perjuangan pada peringkat separuh akhir, beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM429,521.70
Ethereum (ETH) RM12,011.72
Tether (USDT) RM4.45
BNB (BNB) RM2,945.76
USDC (USDC) RM4.44
XRP (XRP) RM12.05
BUSD (BUSD) RM4.43
Cardano (ADA) RM3.58
Solana (SOL) RM885.40
Dogecoin (DOGE) RM1.20
Polkadot (DOT) RM23.07
Polygon (MATIC) RM1.42
Lido Staked Ether (STETH) RM12,012.43
Shiba Inu (SHIB) RM0.000074
Dai (DAI) RM4.45
TRON (TRX) RM1.03
Avalanche (AVAX) RM117.13