Tak sempat mencuri, lelaki terlena akibat mabuk

0


Ketua Polis Jempol Hoo Chang Hook berkata, pemilik rumah yang diceroboh suspek terkejut melihat seorang lelaki terbaring di dalam rumah dan segera menghubungi polis.

SEREMBAN: Seorang pencuri ditangkap selepas terlena di rumah yang dicerobohi dipercayai gara-gara mabuk selepas minum minuman keras milik penghuni rumah berkenaan dalam satu kejadian di Taman Tanjung, Bahau, Jempol, semalam.

Ketua Polis Jempol Hoo Chang Hook berkata kehadiran lelaki berusia 41 tahun itu disedari penghuni rumah berusia 65 tahun pada 6.30 pagi yang kemudian menghubungi polis.

“Ketika kejadian pengadu tinggal bersama isteri dan empat anak mereka di rumah teres satu tingkat. Semasa masuk ke dalam rumah, suspek dipercayai minum minuman keras milik pengadu sehingga mabuk dan tertidur.

“Sebaik sahaja pengadu bangun tidur pada awal pagi, dia menemukan suspek terbaring di dalam rumah tidak sedarkan diri. Pengadu lihat terdapat beg kertas mengandungi dua pisau, pemutar skru, dua botol minuman keras dan sebuah tablet berada bersebelahan suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hoo berkata lelaki tersebut dipercayai menceroboh masuk rumah berkenaan dengan memanjat pagar dan masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci

Beliau berkata tiada rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu mempunyai 15 rekod dadah, enam rekod jenayah dan berstatus orang yang dikehendaki polis.

“Suspek direman empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya yang turut menasihatkan penduduk setempat agar lebih berhati-hati dengan sentiasa mengunci rumah bagi keselamatan keluarga.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM332,420.78
Ethereum (ETH) RM16,835.30
Tether (USDT) RM4.74
BNB (BNB) RM2,913.34
USDC (USDC) RM4.73
XRP (XRP) RM2.97
BUSD (BUSD) RM4.76
Cardano (ADA) RM3.10
Solana (SOL) RM881.00
Dogecoin (DOGE) RM1.02
Polkadot (DOT) RM45.11
Polygon (MATIC) RM4.71
Lido Staked Ether (STETH) RM16,774.86
Shiba Inu (SHIB) RM0.000147
Dai (DAI) RM4.73
TRON (TRX) RM0.568601
Avalanche (AVAX) RM255.01