PANDEMIK Covid-19 menyaksikan peningkatan trend pengguna lebih gemar menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai.
Selain mudah dan cepat, faktor keselamatan juga menjadi sebab pengguna selesa dengan cara baharu.
Seiring peralihan itu, permintaan terhadap produk dan perkhidmatan e-dompet seperti kad prabayar VISA Merchantrade Money meningkat secara mendadak kebelakangan ini.
Setakat ini, Merchantrade Money satu-satunya produk kewangan digital menawarkan saiz e-dompet dengan had maksima sehingga RM20,000.
Perkhidmatan e-dompet ini ditawarkan Merchantrade Asia, pengendali perniagaan perkhidmatan wang dan penerbit e-wang terkemuka di negara ini.
Berdasarkan rekod, kad prabayar Merchantrade Money mencatat peningkatan kadar transaksi dan pendaftaran sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana pada Mac tahun lalu.
Dilengkapi pelbagai fungsi memenuhi kehendak pengguna, hampir semua lapisan masyarakat khususnya golongan muda menjadikan Merchantrade Money sebagai pilihan masa kini.
Antara kemudahan ditawarkan merangkumi pembayaran bil, beli-belah atas talian, tambah nilai kredit telefon bimbit prabayar, perkhidmatan kiriman wang, dan bayaran langganan perkhidmatan seperti insurans dan lain-lain.
Mudah dan jimat
Dengan Merchantrade Money pengguna boleh berurus niaga menggunakan 20 mata wang asing sewaktu membeli barang dari luar negara.
Merchantrade Money menawarkan kelebihan kepada pengguna untuk menukar mata wang secara terus melalui sistem pertukaran mata wang asing dalam aplikasi.
Ciri ini ternyata lebih menjimatkan berbanding kad debit atau kad kredit konvensional kerana tiada sebarang caj tersembunyi, malah pengguna sendiri boleh mengetahui kadar tukaran mata wang asing sebelum membuat pembayaran jika pertukaran dibuat dari Ringgit Malaysia terlebih dahulu.
Bagi pengguna yang mempunyai ahli keluarga tinggal atau belajar di luar negara, anda boleh memanfaatkan fungsi kad ke kad (Card to Card Transfer) tanpa sebarang kos.
Pemindahan wang secara kad ke kad boleh dibuat menggunakan mata wang Ringgit Malaysia dan penerima boleh menukar ke mata wang asing bagi kegunaan di luar negara bila diperlukan.
Pengguna juga boleh membuat kiriman wang ke akaun bank atau melalui pilihan pungutan wang (Cash Pickup) di negara penerima bagi tujuan pembayaran yuran universiti, sewa rumah, dan segala jenis pembayaran diperlukan ahli keluarga di luar negara menggunakan ciri Remit.
Ciri Remit juga boleh digunakan pekerja asing dan majikan yang mempunyai pembantu rumah untuk mengirim wang kepada keluarga mereka di luar negara.
Pelbagai ciri menarik
Selain perkhidmatan kiriman wang, Merchantrade Money turut menawarkan ciri tambah nilai kredit telefon bimbit prabayar bagi perkhidmatan telefon tempatan.
Merchantrade Money turut dijana VISA, membolehkan pengguna membuat pembayaran ke aplikasi e-dompet lain seperti perkhidmatan Grab, Lala Move, foodpanda dan lain-lain.
Ia juga boleh digunakan untuk membayar servis langganan seperti Netflix, Zwift, Spotify, Google Play, Google Store, Samsung Pay dan lain-lain.
Penyata pembayaran bulanan terperinci turut disediakan sekali gus meningkatkan tahap pengurusan dan keselamatan pengguna berbelanja secara digital kerana pengguna dapat memantau penggunaan wang bulanan dalam aplikasi.
Umrah lebih efisien
Sementara itu, umat Islam yang ingin menunaikan umrah kini boleh menggunakan Merchantrade Money untuk membuat pembayaran permohonan visa pelancongan melalui saluran Do-It-Yourself (DIY).
Anda hanya perlu menukar mata wang Ringgit Malaysia ke Dollar Amerika menerusi aplikasi Merchantrade Money.
Selain itu, anda juga boleh berbelanja di Tanah suci Makkah dan Madinah menggunakan Merchantrade Money dengan menukar mata wang Ringgit Malaysia ke Saudi Riyal secara terus melalui aplikasi pada bila-bila masa.
Masa depan digital
Pelanggan boleh mendapatkan e-dompet Merchantrade Money dan kad VISA dengan mendaftar terus dalam aplikasi melalui fungsi ‘electric Know-Your-Customer’ (eKYC) bagi mengenal pasti maklumat pelanggan secara langsung.
Proses pendaftaran seperti ini lebih cepat dan mudah. Selepas pendaftaran diluluskan, kad prabayar VISA akan dihantar ke alamat pengguna dalam beberapa hari sahaja.
Peralihan teknologi membuktikan pembayaran digital memberi nafas baharu kepada sektor perniagaan terus berkembang dan berdaya tahan terutama sewaktu berdepan krisis Covid-19.
Sehingga kini, Merchantrade Money mencatat tambah nilai pengguna lebih RM1.5 bilion, membuktikan ia dipercayai sekali gus menjadi sebahagian gaya hidup hari ini dan masa hadapan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Merchantrade Money, layari www.merchantrademoney.com atau ikuti perkembangan terbaharu menerusi akaun Facebook.
Muat turun aplikasi Merchantrade Money di Google Play atau App Store sekarang!