Tekad kekal kestabilan makroekonomi | Harian Metro

0

MENGEKALKAN kestabilan makroekonomi akan menjadi agenda utama bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diumumkan sebagai Perdana Menteri ke-8 Malaysia, kata Ketua Ekonomi IQI Global Shan Saeed.

Katanya, ini adalah untuk meletakkan Malaysia dalam radar pelabur global dan mengekalkan kekukuhan momentum pertumbuhan.

“Pada pandangan saya, di bawah pentadbiran perdana menteri baharu, kerajaan akan kekal komited mencapai hasil ekonomi yang lebih padu berdasarkan kepada meningkatkan kehidupan rakyat, menurunkan inflasi harga dan paling utama mengekalkan keyakinan ekonomi bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing ke dalam negara.

“Pentadbiran akan meneruskan dasar fiskal pengembangan dalam jangka masa pendek dan kemudiannya beralih kepada mengikuti dasar monetari. Perniagaan dan pelabur tempatan boleh mengharapkan sokongan daripada kerajaan bagi menyediakan insentif untuk bersaing di peringkat global.

“Pasaran sepatutnya pulih semula kerana perdana menteri baharu sudah diumumkan dan keadaan tidak menentu sudah berakhir. Pasaran akan memantau dengan rapat siapa yang akan menjadi menteri kewangan dan menteri ekonomi bagi mengukur impak dasar yang dilaksanakan oleh mereka yang terpilih ini,” katanya.

Sementara itu, Dr Oh Ei Sun, felo kanan di Singapore Institute of International Affairs, berkata: “Sekarang ini beliau (Tan Sri Muhyiddin) ditawarkan menjadi perdana menteri, beliau perlu menyedari bahawa rakyat memilh kerajaan yang bersih.

“Jadi beliau perlu memastikan kerajaan baharu akan terus menjadi kerajaan sederhana seperti kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini,” katanya.

Dr Oh berkata, Muhyiddin juga perlu tidak memasukkan ke dalam senarai Kabinet ahli parlimen yang terkenal dengan mentaliti pelampau dan perkauman.

“Hanya dengan itu beliau boleh memulihkan keyakinan terhadap kerajaannya dan keseluruhan sistem politik,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Source link

    Leave A Reply
    Bitcoin (BTC) RM425,787.67
    Ethereum (ETH) RM12,136.48
    Tether (USDT) RM4.43
    BNB (BNB) RM2,966.73
    USDC (USDC) RM4.43
    XRP (XRP) RM11.80
    BUSD (BUSD) RM4.43
    Cardano (ADA) RM3.55
    Solana (SOL) RM792.71
    Dogecoin (DOGE) RM1.14
    Polkadot (DOT) RM21.68
    Polygon (MATIC) RM1.41
    Lido Staked Ether (STETH) RM12,132.71
    Shiba Inu (SHIB) RM0.000069
    Dai (DAI) RM4.43
    TRON (TRX) RM1.06
    Avalanche (AVAX) RM110.64