Telefon RM1 | Harian Metro

MAXIS Berhad (Maxis) melancarkan Jualan Terbesar Maxis yang menawarkan telefon pintar baharu pada harga RM1.

Antara model ditawarkan adalah Samsung Galaxy A21s, OPPO A92, Huawei Nova 5T dan Vivo V19.

Untuk menikmati tawaran ini, pelanggan hanya perlu menggunakan pelan Maxis Postpaid 98, 128, 158 atau 188.

Ketua Pengguna Maxis, Arjun Varma berkata, keadaan normal baharu menyedarkan kita kepentingan terus berhubung.

“Kami di Maxis menyedari keperluan ini, dan untuk menggembirakan pelanggan pada musim perayaan, kami menawarkan peranti terkini pada nilai luar biasa.

“Daripada individu, keluarga hingga ke perniagaan, tujuan kami untuk membolehkan semua memiliki sesuatu pada era kesalinghubungan ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, jualan berkenaan yang sudah bermula dan berlangsung tiga bulan membolehkan pelanggan mendapatkan telefon pintar baharu pada hanya RM1 dan boleh menikmati lebih banyak data daripada pelan mereka secara kekal.

“Penggunaan data terus meningkat kepada kadar yang belum pernah terjadi sebelum ini sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac dengan pelayaran Internet, penstriman video, pesanan segera dan alat kolaborasi menyumbang sebahagian besar trafik ini.

“Untuk memenuhi kehendak penggunaan data mereka yang tinggi, pelanggan boleh mendaftar pelan Maxis Postpaid untuk menikmati data berkelajuan tinggi hingga 100GB serta panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian.

“Selain itu, pelanggan boleh menambah Share Line dengan hanya RM48 sebulan dan menikmati 30GB data yang dapat dikongsi, membolehkan semua orang dalam keluarga menikmati sesuatu,” katanya.

Source link

Comments (0)
Add Comment