Tenagakan orang muda | Harian Metro

0

BELANJAWAN 2021 yang akan dibentangkan November depan memberi tumpuan kepada memperkasakan keusahawanan dan pendidikan terutama terhadap golongan belia.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau yakin dengan memperkukuh golongan muda, mereka boleh memanfaatkan teknologi canggih dan digitalisasi, seterusnya menghasilkan penyelesaian inovatif untuk menangani cabaran sejagat serta mencapai matlamat pembangunan mapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Katanya, kerajaan juga menyedari bahawa belia memerlukan sokongan dari segi pendidikan serta ekonomi yang dapat memberi mereka peluang untuk berdikari serta berjaya.

“Untuk itu, kerajaan memainkan peranan penting bagi membolehkan belia menyedari potensi penuh mereka yang juga pemimpin masa depan negara,” katanya di sesi dialog Selangor Youths Have A Say Budget 2021 di sini, semalam.

Hadir sama, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Sesi dialog itu membincangkan mengenai isu belia membabitkan pembangunan dan pekerjaan di Selangor serta menyediakan ruang pandangan daripada peserta yang berhadapan cabaran dalam tempoh sukar ketika ini.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, berikutan peningkatan angka pengangguran, kerajaan memperuntukkan RM2 bilion bagi melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja Malaysia.

“Setakat ini, kerajaan sudah memanfaatkan RM500 juta. Yang penting bagi kami sekarang adalah hasil akhirnya,” katanya.

Kadar pengangguran meningkat kepada 5.3 peratus pada Mei lalu daripada 5.0 peratus pada April lalu, sementara jumlah pengangguran meningkat 47,300 kepada 826,100 individu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Bagaimanapun, jabatan itu menyatakan bahawa selepas pembukaan semula ekonomi secara beransur-ansur, lebih banyak rakyat Malaysia kembali bekerja kecuali untuk sektor tertentu seperti perkhidmatan dan pelancongan yang tidak dapat beroperasi dengan kapasiti penuh berikutan sekatan dan penutupan sempadan antarabangsa.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM429,222.11
Ethereum (ETH) RM14,310.73
Tether (USDT) RM4.49
BNB (BNB) RM3,108.20
USDC (USDC) RM4.50
XRP (XRP) RM11.42
BUSD (BUSD) RM4.54
Cardano (ADA) RM4.34
Solana (SOL) RM840.31
Dogecoin (DOGE) RM1.55
Polkadot (DOT) RM28.87
Polygon (MATIC) RM1.99
Lido Staked Ether (STETH) RM14,291.13
Shiba Inu (SHIB) RM0.000095
Dai (DAI) RM4.50
TRON (TRX) RM1.00
Avalanche (AVAX) RM159.63