Pertarungan antara Rodtang Jitmuangnon dan Takeru Segawapada pada 23 Mac nanti sememangnya menjadi topik hangat dalam kalangan peminat seni bela diri.
Dijadualkan berlangsung di Saitama Super Arena, Jepun di bawah acara ONE 172, ia bakal menyaksikan dua jaguh itubertarung dalam aksi penuh debaran.
Baru-baru ini, sesi Face-Off antara keduanya telah diadakan sebagai tanda permulaan kepada pertarungan yang dinantikan.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah penampilan luar biasa Rodtang Jitmuangnon.
Rodtang, juara ONE Championship yang dikenali dengan gelaran “The Iron Man”, tampil segak dengan baju Melayu berwarna hitam, lengkap dengan bersamping.
Di sisi lain, Takeru Segawa pula memilih sut lengkap berwarnacerah yang menampilkan gaya kemas dan moden.
Dalam perkongsian di laman sosial @Onecahampionship, Rodtang berkongsi pandangan mengenai pakaianya “This is the month of Ramadan, so I’m wearing this to represent Muslim”. Kata-katanya ini menunjukkan sokongan dan rasa bangganya menggayakan baju melayu Elrah Exclusive pada acara itu.
Dalam perkongsian lain, pengasas jenama terkenal ElrahExclusive, Muhd Hilmi Che Azman atau lebih dikenali sebagai El Azman, memuat naik video Rodtang yang kelihatan bangga mengenakan pakaian tradisional Melayu tersebut.
“Bila seorang juara dunia mengenakan Baju Melayu di pentas global seperti @ONE Championship Tokyo, itu bukan sekadarkain yang membalut tubuh itu adalah maruah, warisan dan identiti yang dijulang.
“Jika bukan kita yang mengangkat kebanggaan bangsa, siapalagi? Jika bukan kita yang memperkenalkan pakaian warisan kemata dunia, siapa yang akan peduli?
“Kita bukan sekadar melihat sejarah kita sedang menulisnya. Dari silat ke muay thai, dari warisan ke dunia moden, Baju Melayu bukan sekadar pakaian, ia adalah lambangperjuangan kami @elrahexclusive @Elrahworldwide .
“Hari ini, seorang juara memakainya di gelanggang. Esok, dunia akan tahu ini warisan kita, ini identiti kita,” tulisnya dalam hantaran di TikTok.
Dalam hantaran lain, El Azman teguh berpendirian mengenai pemilihan warna hitam yang dipilih untuk Rodtang beraksi pada acara face-off.
Jelasnya, “Warna hitam bukan sekadar warna, tetapi simbol dengan makna yang mendalam. Warna ini sering dikaitkan dengan kekuatan, keberanian, keanggunan, serta misteri. Namun, di sebalik kemegahannya, hitam juga dapat mewakili kesedihan, kesunyian, dan ketegasan. Penggunaan warna hitam dalam Seni dan Design Dalam dunia seni dan desain, warna hitam digunakan untuk menciptakan kesan dramatis, elegan, dan misterius. Ia sering digunakan sebagai latar untuk menonjolkan elemen lain atau sebagai warna utama dalam konsep minimalis yang menekankan ketegasan dan keanggunan. Dari sudut psikologi, warna hitam memiliki dua sisi. Ia dapat memberi rasa kekuatan, keberanian, dan keyakinan, tetapi pada masa yang sama, juga dapat menimbulkan perasaan terisolasi, kesepian, dan keseriusan. Warna ini sering dikaitkan dengan otoritas dan ketegasan, menjadikannya pilihan utama dalam dunia fesyen, bisnis, dan branding eksklusif”.

Elrah Exclusive benar-benar Terpalinggg Mendonia 2025!
Kejayaan Elrah Exclusive kini mencapai satu garis yang cukup membanggakan. Satu jenama lokal hasil usaha pengasasnya, El Azman yang berdaya saing dan penuh karisma ini mampu membawa produk tempatan ke persada antarabangsa.
Bukan sahaja menembusi pasaran Asia, kini Elrah Exclusive dibawa di pentas sukan dunia yang baru-baru ini dipertemukandi Tokyo.
Elrah Exclusive Terpalinggg Mendonia 2025! Buktinya Elrah telah berjaya berada di pentas dunia paling berprestij dan disebut-sebut di peringkat antarabangsa.
Dengan pemilihan barisan duta yang bukan calang-calang hebatnya, jenama ini terbukti mampu membawa pakaian tradisi melayu ke mata dunia.
Dengan simbolik warna hitam yang membawa kekuatan, kemenangan, ketegasan dan kejayaan pastinya menjadi satu fenomena besar bukan sahaja dalam industri fesyen malah industri sukan dan korporat.
Malah, kolaborasi antara Elrah Exclusive dan Rodtang Jitmuangnon merupakan satu gabungan yang menarik antara dunia fesyen dan sukan tempur.
Sementara itu, netizen dari pelbagai media sosial memuji akan kesegakan yang ditampilkan dengan berbusana baju melayutradisional di pentas dunia dalam masa sama bangga pakaian tempatan ini sedia disarung oleh lagenda Muay Thai itu bahkan membawa identiti negara kita ke sana bersamanya.