Tertipu dengan tawaran gaji lumayan, pengasuh nyaris diseludup ke Myanmar

0

Seorang wanita mendakwa dihubungi pasangan suami isteri mendakwa bekerja sebagai diplomat di Bangkok yang mahukan perkhidmatannya sebagai ‘travel nanny’.

KUALA LUMPUR: Gara-gara terpengaruh dengan tawaran gaji lumayan sebanyak RM2,000 untuk empat hari, seorang wanita nyaris menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia dengan dibawa masuk ke Myanmar.

Menceritakan kembali kejadian itu, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Huda, 41, itu berkata, segalanya bermula pada awal Oktober apabila beliau dihubungi oleh sepasang suami isteri menerusi WhatsApp yang menyatakan mereka memerlukan perkhidmatannya sebagai ‘travel nanny’ semasa bercuti.

“Mereka mendakwa bekerja sebagai diplomat di sebuah kedutaan asing di Bangkok dan tahu perkhidmatan saya sebagai pengasuh selepas melihat iklan yang saya muat naik menerusi Facebook. Pasangan suami isteri ini kemudian membuat panggilan video untuk bertanyakan tentang perkhidmatan itu.

“Mereka menawarkan gaji yang lumayan bagi perkhidmatan selama empat hari dan memaklumkan akan menanggung tiket penerbangan ke Bangkok. Seorang pemandu juga difahamkan akan menunggu saya di lapangan terbang di sana untuk membawa saya bertemu mereka,” katanya.

Beliau menceritakan kejadian itu dalam sidang media yang diadakan di Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) hari ini, yang turut dihadiri Setiausaha Agung MHO Hishamuddin Hashim.

Percaya dengan tawaran itu, wanita dari Selangor itu kemudian berlepas ke Bangkok pada 13 Okt lepas dengan tiket yang diberikan.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, seorang lelaki berpakaian seragam pihak berkuasa di negara itu telah sedia menanti untuk membawanya ke sebuah syarikat pelancongan.

Bagaimanapun, beliau mulai curiga apabila tidak diberikan masa untuk menukar wang serta kad SIM telefon bimbitnya selain diminta mengikut sahaja arahan lelaki yang bertindak sebagai pemandu itu.

“Malah, ketika dalam perjalanan, berpandukan aplikasi Google Maps, saya dapati pemandu itu mengubah haluan dengan memandu kenderaan menghala ke Mae Sot, Tak, Thailand, sempadan Myanmar, kira-kira enam jam perjalanan dari Bangkok,” katanya.

“Sampai di pos kawalan, saya diarahkan untuk menyerahkan pasport untuk dicop, namun saya enggan kerana merasa tertipu dan nekad memaklumkan hal itu kepada anggota polis yang melakukan kawalan di situ,” katanya.

Apabila disoal siasat, pemandu itu menafikan terlibat dalam perkara terbabit dan lelaki itu kemudian dilepaskan tanpa sebarang tindakan.

Mangsa kemudian dibantu dengan diberikan tiket bas untuk kembali ke Bangkok sebelum menaiki kereta api untuk pulang ke Malaysia melalui Padang Besar dan selamat tiba di Kuala Lumpur pada 15 Okt lepas.

Sementara itu, Hishamuddin meminta rakyat di negara ini supaya tidak mudah terpedaya dengan pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan di negara jiran kerana sindiket pemerdagangan manusia kini semakin licik menggunakan pelbagai helah untuk menjerat mangsa.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM432,099.81
Ethereum (ETH) RM12,063.10
Tether (USDT) RM4.45
BNB (BNB) RM2,965.76
USDC (USDC) RM4.44
XRP (XRP) RM12.18
BUSD (BUSD) RM4.45
Cardano (ADA) RM3.60
Solana (SOL) RM882.78
Dogecoin (DOGE) RM1.21
Polkadot (DOT) RM23.29
Polygon (MATIC) RM1.43
Lido Staked Ether (STETH) RM12,058.30
Shiba Inu (SHIB) RM0.000074
Dai (DAI) RM4.45
TRON (TRX) RM1.03
Avalanche (AVAX) RM116.95