KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan tiada kenaikan air buat masa ini, ketika situasi ekonomi masih teruk dan pandemik Covid-19 belum selesai.
Katanya, kerajaan tidak akan menaikkan tarif air dalam masa terbeban dan menanggung kos berkaitan.
“Rakyat tidak perlu risau,” katanya menjawab pertanyaan Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat)
Tuan Ibrahim berkata sebarang semakan tarif air di seluruh negara diambil kira dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) akan melakukan perundingan mengenai perkara itu.
Terdahulu, Hasanuddin meminta kerajaan menyatakan jaminan kadar tarif air di Lembah Klang selepas kerajaan menyerahkan Loji Rawatan Air Langat 2 kepada Pengurusan Air Selangor.
Source link