pesawat jenis Beechcraft Model 390 dengan nombor pendaftaran N28JV terhempas di jalan raya di Elmina, Shah Alam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat yang terhempas di Elmina, Shah Alam sebentar tadi tidak membuat panggilan kecemasan atau “Mayday”.
“Panggilan pertama dibuat pesawat itu dengan Menara Kawalan Udara Subang adalah pada 2.47 petang dan kebenaran mendarat diberikan pada jam 2.48 petang.
“Bagaimanapun, pada jam 2.51 petang Menara Kawalan Udara melihat kepulan asap dari lokasi terhempas dan tiada panggilan “Mayday” diterima daripada pesawat itu,” kata CAAM dalam satu kenyataan.
CAAM juga mengesahkan pesawat jenis Beechcraft Model 390 dengan nombor pendaftaran N28JV itu membawa enam penumpang dan dua kru.
“Bagaimanapun, nasib semua penumpang dan kru itu masih belum dapat disahkan,” katanya.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Related Posts