Tiada rancangan penggabungan, kata Malaysia Airlines

Izham Ismail berkata, Malaysia Airlines menyasarkan untuk meraih keuntungan, tetapi tidak akan hilang fokus tugasnya kepada negara.
LANGKAWI: Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines berkata tiada rancangan untuk pengambilalihan atau penggabungan dengan mana-mana syarikat penerbangan buat masa ini.
Pengarah Urusan MAG, Izham Ismail berkata, tiada perbincangan dengan pemegang saham berhubung langkah sedemikian, walaupun penggabungan dengan syarikat penerbangan lain boleh memberikan manfaat seperti sinergi rangkaian, peningkatan jenama dan kedudukan geografi lebih baik.
“Jika Malaysia Airlines terus melonjak untuk lima hingga tujuh tahun akan datang dan mahu mempunyai rangkaian jauh lebih besar, khasnya di Eropah atau Amerika Utara, perbincangan itu mungkin timbul.
“Buat masa ini, tiada perbincangan (sedemikian),” katanya dalam sesi soal jawab di Routes Asia 2024 anjuran Malaysia Airports Holdings Bhd dan Tourism Malaysia.
Beliau berkata, syarikat penerbangan itu sebaliknya menumpukan komitmennya terhadap pembinaan negara dan kebebasan operasi.
“(Penggabungan) perlu dibuat atas sebab betul. Keutamaan kedua terbesar Malaysia Airlines ialah pembinaan negara. Syarikat penerbangan ini menyasarkan untuk meraih keuntungan, tetapi tidak boleh hilang fokus tugasnya kepada negara.”

Source link

Malaysia AirlinesMalaysia Aviation Grouppengambilalihanpenggabungam
Comments (0)
Add Comment