TM perluas rangkaian 5G | Harian Metro

0

Kuala Lumpur: Telekom Malaysia Bhd (TM) terus memperluaskan rangkaian 5Gnya dengan membawa infrastruktur maju itu ke ibu pejabatnya di Menara TM, Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin berkata, langkah itu berikutan kejayaan TM dalam pelaksanaan kes kegunaan 5G di Langkawi dan Subang Jaya baru-baru ini di bawah Projek Demonstrasi 5G (5GDP) yang diterajui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Inisiatif ini bukti komitmen kami untuk menggerakkan rangkaian utama 5G ke arah mempercepat penyampaian perkhidmatan 5G di seluruh negara untuk kebaikan negara dan seluruh rakyat Malaysia.

“Tumpuan kami pada tahun ini untuk menjadi bersedia-5G untuk disesuaikan dalam kesalinghubungan yang meningkat, Internet Pelbagai Benda, perkhidmatan awan dan peranti pintar,” katanya.

Noor Kamarul berkata, sementara menantikan spektrum akan tersedia pada akhir tahun ini, TM mengendalikan ujian percubaan langsung 5G menyeluruh di bawah 5GDP di samping terus meningkatkan rangkaian terasnya.

“Sebagai penyedia infrastruktur telekomunikasi nasional bagi aspirasi Negara Digital Malaysia, kami sudah mengukuhkan kedudukan tunjang komunikasi Malaysia itu dengan kesalinghubungan yang luas dan rangkaian penumpuan,” katanya.

“Kami juga akan terus meletakkan asas Revolusi Perindustrian 4.0 dan melaksanakan 5G di seluruh negara, menyediakan masyarakat dan gaya hidup yang lebih digital, perniagaan digital dan industri menegak selain kerajaan digital ke arah menambah baik kualiti hidup rakyat,” katanya.

TM adalah syarikat telekomunikasi pertama di dunia yang menggunakan 700 MHz dan c Band (3500 MHz) di rangkaian 5G khusus Standalone (SA), dan yang pertama di negara ini menubuhkan pusat arahan 5G di Langkawi.

Syarikat itu berjaya mencapai 1.5Gbps bagi 5G ujian kepantasan yang dikendalikan di tapak kes kegunaan 5G.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM430,389.45
Ethereum (ETH) RM16,665.04
Tether (USDT) RM4.47
BNB (BNB) RM3,483.89
USDC (USDC) RM4.47
XRP (XRP) RM11.71
BUSD (BUSD) RM4.34
Cardano (ADA) RM5.50
Solana (SOL) RM1,054.64
Dogecoin (DOGE) RM1.87
Polkadot (DOT) RM49.75
Polygon (MATIC) RM3.27
Lido Staked Ether (STETH) RM16,652.61
Shiba Inu (SHIB) RM0.000136
Dai (DAI) RM4.47
TRON (TRX) RM1.74
Avalanche (AVAX) RM241.16