TNB pasang satu juta Meter Pintar

0

TENAGA Nasional Berhad (TNB) mengumumkan satu juta Meter Pintar dipasang di Melaka dan Lembah Klang serta menyasarkan lebih banyak yang dipasang sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Datuk Ir Baharin Din berkata, ia sebahagian inisiatif kerajaan apabila pemasangan Meter Pintar di seluruh Malaysia bertujuan menambah baik kehidupan pengguna melalui penyedian akses, ketelusan dan kawalan lebih baik terhadap penggunaan tenaga harian mereka.

“Di sebalik cabaran pada tahun lalu, saya berbangga dengan kemajuan kami selaras sasaran pemasangan 1.5 juta unit menjelang penghujung tahun ini,” katanya.

Menurutnya, pelanggan adalah faktor terbesar, yang memainkan peranan penting terhadap kejayaan pemasangan Meter Pintar di seluruh negara memandangkan mereka kini terus mencari lebih banyak cara bagi memperkasakan diri dalam mengurus penggunaan tenaga.

“Bagi tahun ini, kami berharap dapat melihat lebih ramai pelanggan mengambil langkah memantau kehidupan mereka menerusi penggunaan Meter Pintar dan membuat pilihan cekap tenaga untuk mereka dan negara keseluruhannya, untuk masa depan lebih hijau dan tenaga lebih lestari,” katanya.

TNB juga merekodkan peningkatan jumlah pengguna myTNB yang ketara, daripada 1.4 juta kepada 4.7 juta, iaitu 236 peratus peningkatan daripada Disember 2019 hingga Disember tahun lalu.

Platform myTNB membolehkan pemilik rumah menyemak dan membayar bil mereka secara digital.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM424,639.07
Ethereum (ETH) RM16,077.50
Tether (USDT) RM4.44
BNB (BNB) RM2,880.98
USDC (USDC) RM4.44
XRP (XRP) RM12.00
BUSD (BUSD) RM4.37
Cardano (ADA) RM5.69
Solana (SOL) RM995.10
Dogecoin (DOGE) RM1.85
Polkadot (DOT) RM44.45
Polygon (MATIC) RM2.95
Lido Staked Ether (STETH) RM16,070.07
Shiba Inu (SHIB) RM0.00013
Dai (DAI) RM4.44
TRON (TRX) RM0.988895
Avalanche (AVAX) RM227.81